ALLAH, kini daku mengerti
7:36 PM | Author: ARUL FIKRI

Pernahkah anda bermain permainan yang menyuruh anda mereka atau memilih sesuatu, seperti pahlawan(My Brute, Dragon Ball), perkampungan, markas tentera(Red Alert)??? Dan setelah anda memilih karakter-karakter tersebut, apa yang anda akan rasa??? Tentunya anda akan berasa bahawa karakter pahlawan dan markas anda itu adalah yang terbaik dan mampu melawan segala musuh yang datang kepada anda. Paling tidak pun, anda akan cuba menjaganya dengan sebaik mungkin untuk memastikan ianya terus ada dan terus boleh bertahan dengan serangan-seranagn musuh yang datang.

Apa kaitan game ini dengan kaitan tajuk kita dia atas??

Ingatkah anda semua tentang kisah ini, sejarah yang terukir di dalam Al Quran...

Apabila Allah mencipta manusia, Allah menyuruh semua malaikat sujud kepada Nabi Adam. Semua malaikat tunduk dan patuh kecuali Azazil. Azazil mempersoalkan kenapa dia harus sujud kepada nabi Adam. Katanya, ” Aku diciptakan daripada api yang menjulang sedangkan Adam diciptakan daripada tanah yang paling hina.”

Keegoan Azazil mendatangkan murka Allah. Mendengar kata-kata daripada Azazil, Allah terus menjawab, “Mulai hari ini kamu diharamkan daripada syurga dan kamu adalah makhluk yang dilaknat. Pasti Nerakalah tempat kamu kembali.”

Terkejut Azazil mendengar jawapan daripada Yang Disembahnya. Dia dulu merupakan makhluk yang tinggi di sisi Allah, kini menjadi makhluk yang paling hina di sisi Allah. Dia dulu makhluk yang dibangga-banggakan oleh Allah, kini dia dilaknat oleh Allah. Semua angkara manusia! Manusialah yang menjadikan Azazil hina. Dia tidak berpuas hati.

“Ya Allah, jika aku dijanjikan neraka, maka izinkan aku menambah teman-temanku di neraka kelak,” rayu Azazil.

“Aku benarkan,”jawab Allah.

“Pasti, aku akan sesatkan anak-anak Adam hingga ke hari qiamat,” nekad Azazil di dalam hatinya dengan bersungguh-sungguh.

Berdasarkan kisah di atas, mengapa ALLAH membenarkan iblis dan syaitan menghasut kita, lalu meramaikan ahli keluarganya?? Bukankan mereka ini mahluk yang telah melanggar perintah ALLAH SWT??

Ini jawapannya wahai diriku dan sahabat sahabiah,

Jawapannya disebabkan Allah yakin dengan manusia. Allah bangga dengan manusia. Allah membenarkan Azazil menghasut manusia disebabkan Allah tahu kredibiliti ciptaan Nya. Dia tahu manusia tidak akan tergoda dengan hasutan si syaitan durjana. Lalu, diberi Nya manusia sesuatu yang istimewa yang menjadikan manusia adalah sebaik-baik kejadian iaitu akal.

Dengan akal lah manusia menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Dengan akal lah manusia mentadbir alam ini sesuai dengan kehendak Allah. Dengan akal lah manusia menjadi yang dibangga-banggakan atau yang dihina-hina.

Betapa yakinnya Allah dengan ciptaan Nya ini, Allah sendiri membuka jalan-jalan kepada syaitan bagi menjatuhkan manusia. Allah membenarkan syaitan menghasut manusia dari mana-mana sudut tanpa membuat sebarang sekatan contohnya nabi Allah, Ayub. Daripada sekaya-kaya manusia, sebahagia-bahagia keluarga menjadi semiskin-miskin manusia dan ditinggalkan isteri-isteri dan kematian anak.

Apabila syaitan meminta dengan Allah untuk menjadikan Ayub miskin, Allah benarkan. Syaitan minta lagi daripada Allah keizinan untuk membuat Ayub kehilangan keluarga, Allah benarkan dan Allah berkata, “Pasti kamu tidak akan berjaya.” Dimintanya lagi daripada Allah keizinan untuk membuat Ayub sakit, Allah benarkan lagi dan Allah berkata perkara yang sama.

Ternyata segala tipu daya syaitan, segala hasutan syaitan tidak berjaya menggoncangkan walaupun sedikit iman insan yang bergelar Ayub ini. Tatkala dia mengambil wudhu’, ulat yang memakan daging-dagingnya jatuh ke tanah, dikutipnya kembali. Dia ditanya oleh malaikat, “Kenapa engkau mengutip kembali ulat itu wahai Ayub?” Ayub menjawab, “Sesungguhnya Allah telah meletakkan rezeki ulat itu di badanku. Siapalah aku untuk menentang hukum Allah.”

Apabila penyakit yang dihidapnya semakin parah, isteri kesayangan yang terakhir telah meninggalkannya, Allah membuka hijab langit, membiarkan malaikat melihat kehebatan insan yang bernama Ayub ini. Semua malaikat yang melihat menangis sehingga ada yang berjumpa dengan Allah dan meminta supaya Allah mengubati Ayub. Allah berfirman, “Aku benarkan jika Ayub meminta daripada Ku.” Mendengarkan firman Allah itu, semua malaikat gembira dan Jibrail pun turun ke bumi untuk berjumpa dengan Ayub.

“Wahai Ayub, mintalah kesembuhan daripada Allah. Pasti Dia sembuhkan mu,” beritahu Jibrail.

“Tidak wahai Jibrail. Jika dengan berkeadaan begini aku lebih dekat dengan Allah, aku lebih rela sebegini. Biarlah Allah menyembuhkanku apabila tiba masanya,” jawab Ayub yang tidak mampu berkata-kata panjang.

Semua syaitan yang melihatnya merasakan satu tamparan hebat daripada makhluk yang dihinanya dulu, manusia. Inilah kehebatan sebenar manusia. Disebabkan Allah tahu manusia mampu menjaga diri mereka sendiri, maka Allah lepaskan manusia ke atas muka bumi ini. Hiduplah manusia di atas muka bumi sebagai pejuang. Perjuangan menentang musuh yang utama, Syaitan Laknatullah alaih.

Namun, Allah tidak membiarkan manusia hidup sendiri. Dia tahu kita perlukannya, maka diturunkan Nya satu panduan hidup yang sempurna, Islam. Tetapi turunnya Islam bukanlah satu bentuk paksaan tetapi satu bentuk pilihan. Allah membenarkan sesiapa untuk memilih Islam dan Allah juga tidak kisah sesiapa yang memilih Islam.

Kita Islam ataupun tidak, sedikitpun tidak menjatuhkan martabat Allah sebagai Tuhan sekalian alam. Kita amal Islam ataupun tidak, sedikitpun tidak menjatuhkan martabat Islam yang sentiasa tinggi di sisi Allah.

Produk yang Allah hasilkan ini lengkap, ada ketua dan ada pengikut. Kenapa? Kerana musuh yang bakal ditentang produk-produk ini juga mempunyai organisasi yang cukup mantap, ada ketua dan ada pengikutnya. Sayangnya Allah pada produk ini, diberi Nya strategi yakni Islam supaya musuh produk Nya itu mati terdampar di neraka.

Namun, langit tidak selalu cerah, trafik tidak selalu lancar. Apabila produk-produk ini berada di medan perang yang betul-betul, ramai yang tersungkur. Ramai yang kalah di tangan syaitan dan kuncu-kuncunya. Ada yang terang-terang kalah dan ada juga diracun dari dalam.

Yang murtad, kafir, sudah jelas namun yang digoda dengan ibadah sehingga tinggalkan dunia, inilah yang patut dirunsingkan. Kalau betul-betul jelas matinya di medan perang, senang tetapi yang berjuang gila-gila tetapi dia tidak perasan bahawa tiada musuh di hadapan, inilah yang bahaya.

Kita menegur, dimarahnya kita. Dituduhnya kita berhasad dengki dengannya. Dituduhnya kita macam-macam. Inilah yang bahaya, ‘bodoh tidak boleh diajar,pandai tidak boleh ditumpang.’

Wahai produk-produk yang dibangga-banggakan oleh Allah, bangunlah, sedarlah. Usah kalian berputus asa dalam perjuangan ini. Perjuangan ini belum selesai walaupun kalian menghembus nafas terakhir, baton akan berpindah tangan kepada anak cucu kalian. Sekali kalian tersungkur, jangan sesekali mengaku kalah, bangkitlah kembali kerana Pencipta kalian sudah memenangkan kalian dalam peperangan ini, cuma kalian tidak boleh jatuh dan tunduk pada musuh kalian.

Wahai manusia, jadilah produk yang dibangga-banggakan oleh Allah. Jangan sesekali kamu memalukan oleh kepada syaitan dengan mengikut godaan syaitan. Jangan sesekali kamu mengubah persepsi Allah terhadap mu dengan melakukan segala suruhan syaitan. Jangan sesekali kamu menjatuhkan aib Allah dengan kekalahan mu. Allah telah bersumpah di hadapan semua malaikat bahawa kamu mampu untuk menangkis sebarang hasutan, ancaman daripada syaitan,mahukah kamu menjadi salah seorang yang menafikan sumpah Allah?

Kisah Aku dan Ramadhan...
2:49 PM | Author: ARUL FIKRI

Sebelum kedatangan ia,
daku sering alpa
Oleh dosa dan noda
hasutan nafsu dan syaitan yang dicela
Ingin sekali mendekatkan diri kepadaNya
namun daku tewas tak berupaya
akhirnya Allah Taala
menganugerahkan kau Ramadhan mulia
untuk seluruh manusia
awalnya aku sering berdoa
agar aku memanfaatkan bulan ini sepenuhnya
ibarat sepasang kekasih yang sedang bercinta
kau hadir Ramadhan
membawa cahaya kepada jiwa yang dahaga
yang mengimpikan rahmat dari Tuhannya

Oh Ramadhan...
permulaanmu disajikan dengan kerahmatan yang istimewa
bulan untuk umat Muhammad berpuasa
pertengahanmu pula disediakn dengan keampunan dari segala dosa
pengakhiranmu pula pembebasan daripada api neraka
dalammu dihiasi dengan pelbagai benda yang berharga
malam lailatul qadar yang sanagt istimewa
juga ganjaran berganda untuk pahala
juga kitab Al Quran diturunkan ke dunia
pintu syurga dibuka seluasnya
dan pintu neraka ditutup serapatnya
syaitan dan iblis dikurung di penjara
semuanya tersedia untuk jiwa hamba
yang sering merindui kepada Tuhannya...


Oh Ramadhan..
kau begitu istimewa
seolah-olah menyedarkan diri yang hina
agar kembali kepada fitrah semula
untuk menghadap di hadapan Tuannya
semasa dibangkitkan di suatu masa

oh Ramadhan...
kini engakau ingin melabuhkan diri
dan dikau terus berlalu pergi
meninggalkan diri ini
yang sering bertanya sendiri
adakah kita mungkin bertemu lagi
atau ini yang terakhir untuk episod kehidupan ini
sesungguhnya terasa begitu sebak di hati
bila aku tersedar kembali
adakah dirimu daku hargai
dengan sering menghampirkan diri kepada Ilahi
atau aku sering saja tidak menyedari
bahawa aku termasuk dalam kalangan orang yang rugi

Oh Ramadhan,
semoga setelah pemergianmu
tidak akan mengubah diri daku
menjadi hamba yang taat dan patuh kepada yang Satu
semoga setelah pemergianmu
akan membakar api imanku
semoga setelah pemergiaanmu
hati yang hidup ini tidak kembali membeku
semoga setelah pemergiaanmu
aku terus berjuang manghadapi hidup yang penuh liku
semoga setelah pemergiaanmu
akan membawa sejuta perubahan kebaikan dalam diriku

Oh Ramadhan,
semoga episod cinta kita
bakal bersambung lagi dilain masa
ku doakan agar Allah mempertemukan kita
kerana aku bisa mengerti satu perkara
bahawa engkau juga mahluk Tuhan Yang Esa
pengakhiranmu diganti dengan Syawal yang mulia
tanda kasih sayang Allah kepada hamba.....

Oh Ramadhan,
kembalilah.........

RuGiLah oRaNg yaNg diDaTaNgi RaMadHan ,

BuLaN iTu berLaLu TetaPi d0sanya TiDak diaMpuNKan... ^_^

Related Posts with Thumbnails