Revolusi iman dan hati.
10:56 PM | Author: ARUL FIKRI

Masa silih berganti, sedar tak sedar dah bermula kehidupan kita yang baru. Maka keadaan yang lama itu tidak mungkin datang kembali, malah ianya merupakan satu amalan yang bakal kita bentangkan di hadapan ALLAH SWT. Situasi sedar dan tidak sedar seringkali berlaku kepada mereka yang masih lagi tidak mengetahui hakikat kehidupan yang sebenar. Maka, golongan jenis ini selalunya akan ketinggalan berbanding mereka yang faham makna hakikat kehidupan ang sementara ini.

Perubahan atau revolusi memainkan peranan yang penting agar kita semua kembali semula kepada fitrah penciptaan kita. Seperti sebuah kereta, yang telah di’upgrade’kan menjadi lebih cantik dan ditambah kelajuaannya agar tampak lebih menarik dari kaca mata tuannya dan orang di sekelilingnya.. begitulah kita yang sentiasa mahukan prestasi yang terbaik untuk diri kita di hadapan ALLAH. Benar, untuk melakukan sebuah perubahan maka kta perlu membelinya dengan harga sebuah pengorbanan. Lihatlah sirah Rasulullah SWT, betapa banyak tenaga, darah yang mengalir, air mata yang mengalir untuk membawa ISLAM ke tempat yang lebih tinggi.

Sebelum kita, marilah kita sama-sama memahami erti perkataan iman. Dalam bahasa Arab, ada yang mengertikan kata iman dengan “tashdiq” (membenarkan); thuma’ninah (ketentraman); dan iqrar (pengakuan). Makna ketiga inilah yang paling tepat. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata, “Telah diketahui bahwa iman adalah iqrar (pengakuan), tidak semata-mata tashdiq (membenarkan). Dan iqrar (pengakuan) itu mencakup perkataan hati, yaitu tashdiq (membenarkan), dan perbuatan hati, yaitu inqiyad (ketundukan hati)”.

Manakala hati pula mempunyai banyak pengertian. Ada yang menerangkan bahawa hati adalah salah satu organ tubuh manusia yang terletak di dalam dada, berpandukan kepada hadis dan al-quran;

"Ketahuilah bahwa dalam jasad ada segumpal daging, jika ia baik maka seluruh jasad menjadi baik, tetapi jika ia rusak maka seluruh jasad akan menjadi rusak, ketahuilah segumpal daging itu adalah hati”. (HR. Bukhari Muslim).

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada" (22:46)
Juga maksud hati adalah pusat dari emosi, contohnya Al-Quran selalu mengaitkan dengan hati untuk sesuatu yang berkaitan dengan perasaan, emosi atau iman(mata hati, bersedih hati, penyakit hati).

Revolusi iman dan hati amat penting untuk mengecapi kehidupan yang lebih baik. Bayangkan jika kita hanya melakukan sesuatu perkara itu sama sahaja tanpa melakukan sebarang perubahan, kelak mungkin kita akan merasai kebosanan. Inilah transformasi yang perlu kita lakukan agar setiap perkara yang kita lakukan tidak membosankan dan sekaligus menyebabkan niat kita lari. Transformasi yang kerap kali berlaku dapat membantu kita membina diri untuk mempeajari sesuatu yang baru, dan dalam masa yang sama dapat menguji tahap diri kita yang sebenar, agar lebih dekat dengan ALLAH SWT dengan setiap ujian yang melanda.

Lumrah kehidupan ini, kita pasti akan diuji oleh ALLAH SWT. Maka ada di kalangan kita yang menangis, berduka malah ada yang tidak sanggup hidup. Namun itulah ujian yang dihadiahkan kepada manusia agar lebih matang dalam beribadah kepadanya, agar mendalami segala ujian yang di lalui untuk memahami erti kehidupan, seterusnya tidak mengulangi kesilapan yang sama di masa akan datang. Tangisan air mata akan menjadi saksi atas segala apa yang dihadapi, dan semoga tangisan itu lahir semata-mata kerana merebut keredhaan ALLAH SWT. InsyaALLAH, jika linangan air mata itu kerana ALLAH SWT, kelak kebahagiaannya akan kita rasai semasa ALLAH SWT memanggil kita dengan panggilan yang baik di akhirat kelak. Ujian itu adalah tarbiyah dalam diri agar lebih dekat dengan ALLAH SWT supaya kembali mennceritakan keadanya, tidak kira dari pelbagai aspek dalam kehidupan agar kita kembali dalam keadaan fitrah kita menghadap ALLAH SWT.

Justeru, ayuh kita bersama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik. Jangan seringkali berfikir kita sudah terlambat untuk berubah, namun fikirkan adakah kita ini sudah berubah dari hari sebelumnya atau masih lagi sepertimana ungkapan `katak di bawah tempurung’. Percayalah, bahawa ALLAH SWT setiasa membuka peluang untuk kita berubah ke arah kebaikan, selagimana nyawa kita tidak sampai ke ajalnya
Related Posts with Thumbnails