Nafsu dan kehidupan
6:23 AM | Author: ARUL FIKRI

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka
sesungguhnya dia telah membersihkan agama
nya dan maruah dirinya.
Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkaraharam, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Jika dinilai kembali kepada hadis di atas,dapatlah kita memahami bahawa hati merupakan raja dalam menentukan segala tindak tanduk kita di atas muka bumi ALLAH SWt ini. Jika hati itu dalam keadaan baik, maka baiklah lahiriah kita dan sebaliknya. Namun, apa yang selalu berlaku, kita gagal mengesan tentang fungsi hati sepenuhnya. Dan kita perlu ingat, ada sejenis mahluk ALLAH SWT yang berkaitan dengan hati, yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan, iaitu NAFSU. Sedikit info tentang nafsu, nafsu terbahagi kepada tujuh jenis :

1. Nasfu Amarah

- adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.

- mereka adalah dari golongan yang bersultan di mata dan beraja di hati.

- mereka adalah golongan ahli neraka.

2. Nafsu Lawamah

- adalah nafsu yang menyedari apabila melakukan kemungkaran.

- golonagn ini baramal tetapi masih ada riak, hasad dengki dan sebagainya.

- nafsu mereka selamat tetapi dalam bahaya.

- mereka adalah golongan ahli neraka.

3. Nafsu Marhamah

- adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat mazmumah.

- walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.

- mereka adalah golongan ahli neraka.

4. Nafsu Mutmainah

- adalah nafsu yang lemah lembut.

- mereka mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa.

- mereka adalah wali kecil.

- golongan ini adalah dijamin syurga.

5. Nafsu Raudiah

- adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk makrifat dengan Allah Taala.

- mereka bergaul dengan orang ramai tetapi hatinya kepada Allah Taala semata-mata.

- mereka adalah wali besar.

6. Nafsu Kamaliah

- adalah nafsu yang sempurna, nafsu para-para nabi, rasul

7. Nafsu Mardiah

- adalah nafsu yang paling kemuncak. Nafsu yang paling di redhai Allah Taala.

Jika dilihat pada jenis-jenis nafsu yang disenaraikan, kita mungkin dapat menilai dimanakah kedudukan kita sekarang. Semoga kita dala keadaan yang baik dan dilindungi ALLAH SWT. Mungkin kita semua tahu tentang kisah sejarah penciptaan nafsu. Setelah Allah S.W.T menciptakan akal, maka ALLAH SWT menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun.

Dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah. Biarlah akal yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT menjadi hakim dalam segala tindak tanduk kita,agar semua yang kita lakukan adalah semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH SWT.

Sebagai manusia kita, kita tidak mampu membuang nafsu dalam diri kita sesungguhnya nafsu itu adalah fitrah kehidupan. Andai kata kita tidak mempunyai nafsu,maka kita tidak ada juga keinginan. Bagaimana kita ingin berjihad di jalan ALLAH SWT jika kita tidak mempunyai keinginan??Justeru, apa yang boleh kita lakukan adalah kita mengawal nafsu kita sebaik mungkin agar patuh dan tunduk kepada ALLAH SWT. Semoga nafsu yang telah dilatih dan ditarbiyah oleh kita ini, insyaALLAh dapat membantu kita untuk bertemu dengan ALLAH SWT di akhirat kelak.
|
This entry was posted on 6:23 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails