Tanggungjawab pada suatu ketika nanti....
12:26 AM | Author: ARUL FIKRI

Sedang daku sedang membuat kerja, tiba-tiba terdengar lagu SAAT LAFAZ SAKINAH, nyanyian FAR EAST. Liriknya membuatkanku memikirkan tentang satu tanggungjawab yang besar bagi seorang lelaki. Berat, namun itu perlu kulalui pada suatu ketika nanti. Bukan perkahwinan tiu suatu yang boleh dipandang rendah, bukan setakat memberi nafkah, rumah, didikan, perhatian, bahkan lebih daripada itu. Tanggung jawab yang terbesar ialah membawa syiar ISLAM dalam keluarga yang telah dibentuk. Teringat tentang peringkat-peringkat yang pernah diperkatakan oleh Imam asy syahid Hasan Al banna, bermula daripada individu muslim, keluarga muslim, masyarakat muslim, negara muslim,khilafah islamiyah dan seterusnya seluruh dunia yang terus menyegarkan syiar Islam. Pada waktu ketika ini, daku berada di peringkat yang pertama.


Persoalannya, adakah aku benar-benar yang dikatakan invidu muslim. Di dalam buku, apa erti saya memeluk agama Islam, untuk seorang itu dikatakan muslim sejati, maka ianya perlu muslim dari segi akidah, dari segi ibadah, akhlak ,keluarga dan seumpamanya. Adakah setiap sesuatu yang dinyatakan tadi telah daku takluki dengan sebaik mungkin, atau hanya melontarkan kata-kata bahawa saya seorang ISLAM, namun sebenarnya tidak melaksanakan Islam keseluruhannya. Firman ALLAH swt,dalam surah Al Baqarah 208-209:

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu.Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana


Ya ALLAH,sesungguhnya perjuangan hidup di dunia ini bukannya suatu yang mudah. Kerana sesungguhnya untuk mendapat ganjaran syurgamu itu, maka bayarannya adalah pengorbanan dan perjuangan, bahkan nyawaku juga menjadi bayarannya. Lihat sahaja bagaiman perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW, bagaimana baginda diherdik, dihalau, dan dibaling batu oleh kanak-kanak kecil semasa Baginda berdakwah di Thoif. Digambarkan keseluruhan tubuh badan yang mulia dan suci itu dipenuhi luka-luka, sehinggakan sepatu yang baginda pakai dipenuhi dengan takungan darah merah perjuangan baginda. Pernahkah kita melalui saat-saat yang begini dalam hidup kita selama ini??SELAWAT DAN SALAM KEPADA BAGINDA, YA RASULULLAH?tepuk dada tanyalah IMAN dalam diri.

Firman ALLAH SWT, di dalam surah an-Nur ayat 26, maksudnya:

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik….."


Mana mungkin lahirnya bayangnya yang lurus elok, jika datangnya dari kayu yang bengkok, begitulah perumpaan yang boleh dikaitkan antara lelaki yang perempuan. Jika seorang lelaki itu seorang baik, InsyaALLAH dia akan membimbing pasangannya untuk menuju kebaikan. Bukan setakat menjalani bahtera kehidupan bersama-sama untuk ISLAM, melahirkan zuriat yang benar-benar memahami ISLAM, bahkan daripada pasangan inilah akan melahirkan generasi-generasi yang baal memperjuangan ISLAM.Semua terserah kepada kita mulai sekarang, jika kita inginkan generasi kita generasi yang baik, maka kebaikan yang perlu kita usahakan, dan sebaliknya. InsayALLAH, apa yang dipandang oleh ALLAH SWT adalah usaha kita di dunia ini. Justeru buat mereka yang telah berumah tangga, atau bakal berumah tangga, didiklah dirimu sebaik mungkin, penuhilah dengan ilmu-ilmu yang bakal dijadikan bekalan untuk menjalani kehidupanmu di masa akan datang kelak.InsayaALLAH, ALLAH sentiasa bersama hamba-hambaNya(^^)

|
This entry was posted on 12:26 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails