KETENTERAAN DALAM ISLAM
5:40 AM | Author: ARUL FIKRI

Organisasi Ketenteraan Islam

Pengenalan :

  1. Konsep Ketahanan
  2. Konsep Pertahanan
  3. Latar belakang kepimpinan ketenteraan Nabi Muhammad SAW.
  4. Konsep Organisasi Ketenteraan.

Isi-isi :

Sistem Pengerahan Tentera dan Daftar Tentera :

  • Pada zaman Nabi Muhammad dan Khalifah Abu Bakar tiada organisasi sosial yang khusus. Organisasi ketenteraan terbentuk apabila diperlukan. Tentera berperang secara sukarela dan jihad contoh Perang Badar. Zaman Khalifah Umar al-Khattab perkenalkan daftar tentera kepada dua bahagian iaitu tentera sukarela dan tentera sepenuh masa. Manakala pada zaman Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah, sistem pengerahan berubah dan tentera telah ditawarkan ganjaran dan dibayar gaji.

Jenis Tentera :

  • Tentera Islam kebanyakannya terdiri daripada tentera darat sahaja. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab jalan laut telah digunakan untuk tentera-tentera laut walaupun pada ketika itu potensi tentera laut kurang terutamanya selepas kekalahan mereka di Tawus yang telah mengorbankan ramai tentera laut Islam. Tentera laut masih diteruskan juga pada zaman Khalifah Uthman dan Bani Umayyah pada zaman pemerintahan Muawiyah yang telah melancarkan ekspedisi ketenteraan laut menentang Byzentine dan Constantinople pada 54H.
  • Tentera laut terbahagi kepada dua bahagian iaitu tentera Laut Mediterranean yang menggunakan kapal-kapal besar berpaku dan Laut Merah dan Laut India yang menggunakan kapal-kapal kecil tanpa besi dan berpaku.

Gaji Tentera :

  • Zaman Nabi Muhammad SAW tentera berjihad dan tidak dibayar gaji. Zaman Khalifah Umar Al-Khattab telah memperkenalkan pembayaran gaji dan elaun kepada para tentera setelah penubuhan Diwan Tentera
  • pada tahun 20H.Contoh Lelaki Muhajirin dan Ansar menerima dua hingga lima ribu dirham setahun. Tentera junior pula menerima 1500 hingga 2000 dirham setahun.
  • Pada zaman Bani Umaiyah purata gaji ialah 1000 dirham setahun termasuk elaun keluarga dan elaun tambahan pada zaman pemerintahan Yazid sebanyak 100 dirham.
  • Zaman Bani Abbasiyah, pembayaran gaji sebanyak 960 dirham setahun dan harta rampasan perang diberikan kepada tentera pejalan kaki, manakala tentera berkuda menerima sekali ganda kerana mereka terpaksa menanggung kos pembiayaan kuda.

Alat Kelengkapan Perang :

  • Alatan senjata yang digunakan semasa zaman Nabi Muhammad SAW yang diperbuat dari kayu dan telah dicelup dengan cuka dengan tujuan kalis api dan pada zaman Bani Abbasiyah pula penggunaan kereta kebal Bani Abbasiyah seperti tombak,panah,pedang, manjaniq dan dabbabah.
  • Kuasa semula jadi seperti angin yang kuat merupakan senjata seperti dalam Perang Khandak dan Hunain
  • Penggunaan kuda semasa serangan secara mengejut kerana lebih tangkas dan sifat seekor kuda yang sabar dan tahan panas.

Komposisi Tentera :

  • Penyusunan tentera terawal adalah al-saf , setiap barisan mempunyai 100 hingga 1000 orang tentera semasa zaman Nabi Muhammad SAW. Contoh Perang Badar diketuai oleh Nabi Muhammad SAW, jumlah tentera seramai 313 orang dan dibahagikan dua barisan iaitu barisan hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan belakang pula bersenjatakan panah dan perisai.
  • Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, sistem kurdus atau Karadis (pasukan) digunakan dalam penyusunan tentera Islam yang mengandungi 300 hingga 600 orang.
  • Pada zaman Bani Umaiyah pasukan tentera diketuai oleh komander atau al-Amir yang mempunyai 50 hingga 100 orang tentera.
  • Pada zaman Bani Abbasiyah tentera Islam terbahagi kepada lima bahagian iaitu tentera berkuda (al-Fursan), tentera berjalan kaki (al-harbiyah),tentera menembak (al-naqqaabun),tentera pemanah (al-ramiyah) dan tentera bola api (al-ghilman).

Kesimpulan :

  1. Struktur dan organisasi ketenteraan yang sesuai dan berkesan membawa kejayaan.
  2. Memperlihat kewibawaan Nabi Muhammad SAW perintis sebagai seorang pemimpin ketenteraan dan perangcang taktik dan strategi perang.
|
This entry was posted on 5:40 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails