kisah aku dan adik...
4:47 PM | Author: ARUL FIKRI

Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,"Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.
Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,
"Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku.
Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran.. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang…!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg…. sebuah penampar singgah di pipi adik.Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…. .
"Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen..
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,
"Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,
"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak… Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apa lagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,
"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya" katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya.Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar "
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."
YA RASULULLAH, KAMI RINDU PADAMU....
4:01 PM | Author: ARUL FIKRI


Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Lagu yang penuh menyentuh hati. Jika di hayati, pasti air mata ini mengalir. ya Rasulullah, kau pernah hadir ke muka bumi ini. Meskipun Engkau tiada lagi di di sini, namun kami amat-amat merindui mu. Kecintaan mu kepada umatmu sukar untuk di cari persamaannya. Manakan tidak, engkau mencintai orang yang belum ada di muka bumi ini seperti mana dalam sebuah kisah...

Pernah suatu ketika sedang rasulullah berkumpul dlm satu majlis brsama para sahabat, tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg x mereka senangi di wajah Rasululllah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abi Bakar, Baginda mengatakan bahawa terlalu merindui IKHWANnya..Saidina Abu BAkar sekali lagi bertanya"Rasulullah, bukankah kami ini ikhwanmu?"Rasulullah menjawab"Tidak, kamu semua adalah sahabatku..IKHWANku adalah umatku yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku..aku sangat rinduuntuk bertemu dengan mereka.."

NAH!!!Tersentak hati ini bila membaca kisah ini. Hebat sungguh mu YA RASULULLAH, sungguh mulia dirimu Ya Rasulullah. Biarpun banyak cabaran dan dugaan yang engkau lalui dalam menjalankan kerja-kerja dakwah. Untuk apa wahai kalian??UNTUK KITA SEMUA AGAR DI AKHIRAT KELAK KITA AKAN PULANG KE SISI ALLAH SEBAGAIMANA YANG KITA JANJIKAN DAHULU SEMASA DI ALAM ROH!! Ya Rasulullah, hati ini pernah dikotori dengan noda-noda DOSA, Hati ini pernah menjadi keras kerana diliputi dengan hawa nafsu yang membara, hati ini pernah tertipu dengan hasutan syaitan yang selalu menyesatkan manusia. Namun...bl hati ini kembali kepada fitrahnya, untuk seketika aku mengingatimu, lantas hati ini menjadi lambut, RASA SAKIT YA RASULULLAH KERANA PENYESALAN ATAS DOSA-DOSA YANG DILAKUKAN, HATI INI MENJADI LEMBUT BL MENGENANG TENTANG KASIH SAYANGMU, MENGALIR AIR MATA DENGAN TIDAK DI SANGKA, TERASA DIRI INI AMAT-AMAT BERDOSA KERANA MANJADI HAMBA PADA DUNIA.

Bukan ini yang kau ajar Ya Rasulullah, Bukan ini yang kau minta dari umatmu, bukan ini yang kau harapkan dari kami...Kami, umatmu di akhir zaman ini terlalu merinduimu Ya Rasulullah. Bila kami buka tentang sirahmu Ya Rasulullah, bila di tatapi satu persatu kisahmu, kami terasa hiba Ya Rasulullah, terasa kami jauh darimu Ya Rasulullah. Namun di sudut hati ini Ya Rasulullah, kami amat2 memerlukan syafaatmu. KAMI MAHU BERSAMAMU YA RASULULLAH. HATI KAMI INI MEMBERONTAK, MENGAMUK UNTUK BERSAMAMU YA RASULULLAH!! Tapi ya Rasulullah, kami sedar hakikat sebenar. Kami bukan maksum sepertimu Ya Rasulullah. Tapi kau tetap menjadi teladan kami, husnul khatimah..

Teringat kisah saat pemergiaanMu Ya Rasululllah, semua sahabat dan keluargamu terasa hiba. Anakmu, Saidatina Fatimah menahan Izrail, memohon agar tidak mengambilmu Ya Rasulullah, kerana dengan siapa lagi untuk dia bermanja dan mangadu jika dirimu tiada lagi Ya Rasulullah. Namun Izrail menjawab, INI PERINTAH DARI ALLAH dan Aisyah akur dengan hakikat itu...Sebelum malaikat maut mencabut nyawa, Nabi bertanya tentang kita sebagai umatnya. Lantas Izrail menjawab Baginda akan masuk dahulu ke dalam syurga, dan umatnya akan menyusuli kemudian. Semasa Izrail mencabut nyawa,Nabi berkata kepada malaikat Jibril, sakit sungguh sakaratul maut. Jibril tidak sanggup melihat kesakitan kekasih ALLAH lantas memalingkan mukanya.Kenapa Nabi rasa sakit meskipun Nabi kekasih ALLAH??Nabi minta pada ALLAH,"Ya ALAH,aku nak rasa bagaiaman kesakitan sakaratul maut yang dialami umatnya". Begitu tinggi nilai kasih sayang baginda kepada kita....Sebelum Nabi menghembuskan nafas terakhir, Nabi pesan 3 perkara
a)SOLAT JANGAN TINGGAL
b)ISTERI JANGAN DIANAYAI
c)PEMBANTU RUMAH(HAMBA) JANGAN KAMU KASARI

Selepas itu sahabat Nabi, Anas b Malik nampak bibir Nabi mengucapkan sesuatu.Tahukah apa yang Nabi sebut ketika menanggung kesakitan sakaratul maut???NABI SEBUT NAMA KITA, UMATKU!UMATKU!...Tidak lama kemudian Nabi menghembuskan nafasnyayang terakhir di pangkuan Saidatina Aisyah...




Begitulah rentetan pemergian agung insan yang kita sayang dan kita rindu WALAUPUN DIRINYA tidak pernah kita lihat. Ya Rasulullah, kami umatmu Ya Rasulullah, Kami rindu padamu Ya Rasulullah, Kami Ingin bersamamu YA Rasulullah, Ya Rasulullah, semoga kami dapat bersamamu di akhirat kelak...
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”Al-Quran Surat Al-Ahzab 56.

JIHAD TARBIYYAH TIADA HUJUNGNYA...
6:50 PM | Author: ARUL FIKRI
7 Marhalah Tarbiyah

1. Tarbiyah Diri Sendiri,
- Perbaiki diri untuk menjadi mu'min terbaik. Meningkatkan amal, mengerjakan amalan soleh, tahu matlamat ditiupkan roh kepada kita, memiliki anggota tubuh badan yang kuat, akhlak yang baik, berintelektual, keupayaan untuk menguasai suasana aqidah yang bersih, ibadah yang benar, berjihad dengan dirinya,nmenjaga waktunya, teratur hidupnya dan mampu memberi manfaat kepada orang lain.

2. Membentuk Baitul Muslim,
- Setelah berusaha mentarbiyah diri sendiri, hendaklah memilih pasangan yang bakal menjadi sayap kiri perjuangan di jalan Allah ini. Adab-adab antara suami isteri dan ahli keluarga terjaga, segala sunnah diangkat, kasih saying dipupuk dan sebagainya. Daripada pasangan yang bertaqwa itu, dapatlah bersama melahirkan generasi pelapis yang mampu mendukung tugas dakwah ini.

3. Membentuk Masyarakat Berpandangan Islam,
- Islam disebarkan kepada masyarakat. Dakwah dilaksanakan dengan amal ma’ruf, nahi munkar. Masyarakat dididik untuk untuk mengikut prinsip dan landasan syariat. Hiburan-hiburan yang melanggar sahsiah (akhlak) Islam ditolak dan seterusnya hiburan berlandaskan Islam dikembangkan. Perkara-perkara ma’ruf ini berlanjutan untuk menjadi dominan dalam masyarakat dan diamalkan dalm kehidupan seharian.

4. Negara Islam Sebenar,
- Mewujudkan Negara Islam sebenar (yang diiktiraf oleh ulama’, bukan syok sendiri kite mengiktiraf negara sendiri) dengan menerapkan unsur-unsur Islam dalam politik, ekonomi dan sosial

5. Negara Islam dalam Pemerintahan,
- Membaiki kerajaan sehingga menuruti Islam yang sebenarnya serta berkhidmat sebagai khadam ummah yang bekerja untuk kepentingan ummah.
- Antara sifatnya adalah sifat belas terhadap rakyat, keadilan sesama manusia dan berjimat dalam urusan perbendaharaan dan ekonomi negara.
- Menjadi kewajipan negara inipula untuk menjamin keamanan, perlaksanaan system perundangan pendidikan sehingga melahirkan kekuatan, menjaga kesihatan am dan sebagainya.

6. Sistem Khilafah,
- Mengembalikan system khilafah yang jatuh pada 1924 dalam zaman kerajaan Uthmaniyyah.
- Menyatukan semua umat Islam di bawah satu khalifah.

7. Ustaziyatul Alam,
- Penyebaran dakwah di seluruh ceruk rantau dunia, walau di kutub utara sekalipun. Pastikan Islam di mana jua.
- Semua al-Din keseluruhan adalah milik Allah.
makna kebahagiaan yang sering dilupakan....
5:47 PM | Author: ARUL FIKRI

BAHAGIA ITU MAKNAWI JUGA BERSIFAT ROHANIAH,
TANDA SENANG BUKAN BAHGIA SEKALIPUN IA BERHARTA,
KERANA SEMUA ITU BERSIFAT LAHIRIAH,
IA BUKAN LA HAKIKAT BAHAGIA,
MAZMUMAH PUNCA TIADA BAHAGIA,
KERANA TERUS MENGEKANGKANNYA,
HASAD DENGKI GILA DUNIA,
SOMBONG BONGKAK MEROSAKAN SEGALA
CARILAH IA DAPATKAN BAHAGIA,
CINTAKAN ALLAH SETIAP,
BILA ZIKRULLAH DIHAYATI,
BARULAH BAHAGIA TERBIT DALAM DIRI...

Begitulah lirik lagu yang ana pernah hafal semasa Form 4,hasil nyanyian ketua bilik ana semasa sekolah teknik. Bila disebut tentang bahagia, masing-masing antara kita akan berkata,"NIKMAT, KESELESAAN,KEINDAHAN,KEGEMBIRAAN DAN SEBAGAINYA". Namun pernahkan terlintas di fikiran kita, bahagia juga dapat diperolehi daripada keadaan seperti "KESENGSARAAN, KEPAYAHAN PENGORBANAN, KESAKITAN DAN SEBAGAINYA". Benar, kesemua yang ana labelkan di atas adalah sesuatu yang jarang-jarang manusia inginkan. Mana tidaknya, kesemuanya itu adalah keadaan yang memberikan sesuatu yang boleh memburukan keadaan. Baiklah, ana akan menghuraikan satu persatu(^^)

KESAKITAN,PENGORBANAN DAN LAIN-LAIN keadaan yang ana berikan di atas juga adalah sebahagian daripada kebahagiaan. Bl disebut tentang pengorbanan, banyak yang kita boleh kaitkan, pengorbanan masa, pengorbanan wang, pengorbanan nyawa dan sebagainya.Apabila kita berkorban untuk sesuatu perkara ATAS DASAR PERKARA KEBAIKAN YE BUKAN KEBURUKAN, kita sebenarnya telah melakukan salah satu yang dituntut oleh syariat ISLAM. Lihatlah banyak contoh2 yang telah kita dengar, mereka yang berkorban di jalan ALLAH, maka ALLAH akan sediakan syurga bg mereka. Seorang ibu berkorban atas dasar kasih sayang yang tidak terhingga kepada anak2. Seorang yang mencintai AGAMA akan sentiasa bersedia untuk berkorban dan BERJIHAD di atas paksi KEBENARAN dalam menegakkan agama ISLAM. Lihat sahaja para sahabat dan orang2 ISLAM dahulu, mereka lebih suka memilih jala hidup yang seakan2 kepayahan, namun hakikatnya mereka merasakan kebahagiaan yang tidak terhingga dalam jiwa mereka. KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH MENGETAHUI BAHAWA HATI2 MEREKA BERSATU BERHIMPUN DALAM NAUNGAN CINTA ALLAH, BERTEMU DALAM KETAATAN,BERSATU DALAM PERJUANGAN,MENEGAKKAN SYARIAT DALAM KEHIDUPAN. KUATKAN IKATANNYA, KEKALKANLAH CITANYA, TUNJUKI LA JALAN2NYA, TERANGILAH DENGAN CAHAYAMU YANG TIADA PERNAH PADAM, YA RABBI BIMBINGLAH KAMI. RAPATKAN DADA KAMI DENGA KURNIAAN IMAN DAN INDAHNYA TAWAKAL PADAMU,HIDUPKAN DENGAN MA'RIFATMU, MATIKAN DALAM SYAHID DI JALANMU, ENGKAULAH PEMBIMBING DAN PEMBELA...(DOA RABITHAH)...



KESAKITAN, pada mulanya ana juga menyangka tiada kebahagiaan dalam kesakitan penyakit yang kita sering alami dalam kehidupan. Namun,pernahkah kita terlintas itu juga sebagian daripada kasih sayang ALLAH kepada kita.Ana berkata demikian kerana baru2 ini ana menghantar seorang peserta kem ke hospital kerana dia mengalami sesak nafas yang sangat2 menakutkan ana. Pada masa itu ana lihat akan dirinya yang agak kritikal dan ana sangat2 bergantung kepada ALLAH agar menyelamatkan dirinya. Terlintas di fikiran ana, berharga sungguh nikmat dapat bernafas yang ALLAH kurniakan kepada kita. Namun akhirnya peserta tersebut dalam keadaan baik dan selamat. Ana berpesan kepada dia, Allah menurunkan penyakit itu kepada kita agar KITA SEBAGAI HAMBA SELALU INGAT AKAN ALLAH SWT. BUKANKAH ITU SUATU HADIAH PERINGATAN ALLAH KEPADA KITA YANG SELALU MEMILIKI SIFAT LUPA??Jika ALLAH tidak menurunkan sesuatu penyakit kepada kita, kemungkinan besar kita akan MENJADI HAMBA YANG INGKAR DAN ZALIM KEPADA DIRI KITA SENDIRI. Lihat sahaja kepada kisah seorang Nabi yang ditimpakan oleh ALLAH dengan penyakit yang amat teruk, sehinggakan orang di sekelilingnya membenci dan meninggalkannya. Namun imannya tidak pernah kurang, malah semakin bertambah kepada ALLAH SWT. Bukankah itu nikmat kebahagiaan yang sebenar??




Justeru ana beranggapan setiap daripada kesakitan dan kepayahan itu sebenarnya terselit sebuah kebahagiaan yang jarang2 kita nampak. ALLAH tidak akan memberi sesuatu itu tanpa sia2. Segalanya mempunyai hikmah, cm tertakluk kepada diri kita untuk menentukannya. Fikir2kanlah dan selamat beramal(^^)

kenapa wahai umat ISLAM,KENAPA!!!!
7:47 AM | Author: ARUL FIKRI

Semasa ana makan malam tadi, ana makan sambil menonton tv. Kisah paparan laporan jenayah MINGGUAN, diulang MINGGUAN. Apa yang ana terkilan adalah tentang majoriti masalah yang dipaparkan dalam rancangan tersebut, kebanyakan adalah dari UMAT ISLAM sendiri. Di mana silapnya, di mana kekurangnya sehingga umat ISLAM kini berani menjaja agama ISLAM untuk kepentingan dunia.
Masalah pertama melibatkan tentang nelayan-nelayan bot kecil, yang menyeludup barang-barang larangan ke negara jiran. Bila di tanya,kerana apa mereka berani bertindak sedemikian, jawabnya "KERANA SAYA PERLUKAN DUIT. SAYA BERHUTANG DENGAN SESEORANG SEBANYAK RM 30 RIBU". Satu statement yang ana XDAPAT terima sebagai umat ISLAM. Malu ana kerana masih ada masyarakat yang hanya nampak pada zahirnya sahaja. Even mereka mendapat duit lebih daripada yang mereka perlukan,maka DIMANA LETAKNYA KEBERKATAN. Dia membayar hutang dengan hasil yang diperolehi, tetapi hakikat yang lebih teruk adalah dia BERHUTANG DENGAN ALLAH SWT. Ingatlah,azab ALLAH amat pedih sehingggakan jika sebutir batu neraka jatuh ke bumi, maka akan hancurlah segala apa yang ada padanya. MASYAALLAH..
Masalah kedua adalah masalah yang xpernah habis, masalah couple dan zina. Tapi yang lebih buruk lagi, masalah ni diraikan semasa VALENTINE DAY. Ana xdapat nak tahan marah, melihat kebodohan orang muda yang menjual haarga diri pada tempat yang keji itu. Tak pernahkan mereka terfikir tentang akibat daripada perbuatan mereka tu?? Kalau setakat seronok, memang seronok. Tp xkan sama dengan mereka yang HALAL MENGHALALKAN ANTARA SATU SAMA LAIN. Islam tidak melarang jika kita nk bersama, tetapi ikutlah syariat agar dapat memandu ke jalan yang betul. Bukan secara membuta tuli. Masalah Jahiliyyah yang masih ada pada zaman moden ni....
Masalah seterusnya, ni kita masuk bab lain sebab yang ni slot drama lain. Kisah PENUNGGU GUNUNG RAYA. Orang Melayu mmg xdapat lari dr kepercayaan mistik,kalah penganut agama lain. Pontianak la, toyol la, apa2 la. Bukan salah untuk percaya,tp biarlah bertempat. Ni tidak, di dramakan agar orang MELAYU MENJADI LEBIH PENAKUT. Mana taknya, ISTERI DAN ANAK-ANAK USTAZ ANA SENDIRI JADI TAKUT SELEPAS TGK CITE TU. Mistik mistik jg, tp biarlah berpada-pada. Jangan sampai kita melahirkan generasi yang penakut pada benda yang xsepatutnya...
Ingat ikrar kita setiap hari,SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYA KERANA ALLAH SWT. Jadi kenapa kita masih xambil tindakan yang terbaik untuk bawa diri setiap individu pada landasan yang sebenar???
Related Posts with Thumbnails