Tanggungjawab pada suatu ketika nanti....
12:26 AM | Author: ARUL FIKRI

Sedang daku sedang membuat kerja, tiba-tiba terdengar lagu SAAT LAFAZ SAKINAH, nyanyian FAR EAST. Liriknya membuatkanku memikirkan tentang satu tanggungjawab yang besar bagi seorang lelaki. Berat, namun itu perlu kulalui pada suatu ketika nanti. Bukan perkahwinan tiu suatu yang boleh dipandang rendah, bukan setakat memberi nafkah, rumah, didikan, perhatian, bahkan lebih daripada itu. Tanggung jawab yang terbesar ialah membawa syiar ISLAM dalam keluarga yang telah dibentuk. Teringat tentang peringkat-peringkat yang pernah diperkatakan oleh Imam asy syahid Hasan Al banna, bermula daripada individu muslim, keluarga muslim, masyarakat muslim, negara muslim,khilafah islamiyah dan seterusnya seluruh dunia yang terus menyegarkan syiar Islam. Pada waktu ketika ini, daku berada di peringkat yang pertama.


Persoalannya, adakah aku benar-benar yang dikatakan invidu muslim. Di dalam buku, apa erti saya memeluk agama Islam, untuk seorang itu dikatakan muslim sejati, maka ianya perlu muslim dari segi akidah, dari segi ibadah, akhlak ,keluarga dan seumpamanya. Adakah setiap sesuatu yang dinyatakan tadi telah daku takluki dengan sebaik mungkin, atau hanya melontarkan kata-kata bahawa saya seorang ISLAM, namun sebenarnya tidak melaksanakan Islam keseluruhannya. Firman ALLAH swt,dalam surah Al Baqarah 208-209:

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu.Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana


Ya ALLAH,sesungguhnya perjuangan hidup di dunia ini bukannya suatu yang mudah. Kerana sesungguhnya untuk mendapat ganjaran syurgamu itu, maka bayarannya adalah pengorbanan dan perjuangan, bahkan nyawaku juga menjadi bayarannya. Lihat sahaja bagaiman perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW, bagaimana baginda diherdik, dihalau, dan dibaling batu oleh kanak-kanak kecil semasa Baginda berdakwah di Thoif. Digambarkan keseluruhan tubuh badan yang mulia dan suci itu dipenuhi luka-luka, sehinggakan sepatu yang baginda pakai dipenuhi dengan takungan darah merah perjuangan baginda. Pernahkah kita melalui saat-saat yang begini dalam hidup kita selama ini??SELAWAT DAN SALAM KEPADA BAGINDA, YA RASULULLAH?tepuk dada tanyalah IMAN dalam diri.

Firman ALLAH SWT, di dalam surah an-Nur ayat 26, maksudnya:

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik….."


Mana mungkin lahirnya bayangnya yang lurus elok, jika datangnya dari kayu yang bengkok, begitulah perumpaan yang boleh dikaitkan antara lelaki yang perempuan. Jika seorang lelaki itu seorang baik, InsyaALLAH dia akan membimbing pasangannya untuk menuju kebaikan. Bukan setakat menjalani bahtera kehidupan bersama-sama untuk ISLAM, melahirkan zuriat yang benar-benar memahami ISLAM, bahkan daripada pasangan inilah akan melahirkan generasi-generasi yang baal memperjuangan ISLAM.Semua terserah kepada kita mulai sekarang, jika kita inginkan generasi kita generasi yang baik, maka kebaikan yang perlu kita usahakan, dan sebaliknya. InsayALLAH, apa yang dipandang oleh ALLAH SWT adalah usaha kita di dunia ini. Justeru buat mereka yang telah berumah tangga, atau bakal berumah tangga, didiklah dirimu sebaik mungkin, penuhilah dengan ilmu-ilmu yang bakal dijadikan bekalan untuk menjalani kehidupanmu di masa akan datang kelak.InsayaALLAH, ALLAH sentiasa bersama hamba-hambaNya(^^)

biarlah gambar berbicara....(^^)
4:04 PM | Author: ARUL FIKRI










Nafsu dan kehidupan
6:23 AM | Author: ARUL FIKRI

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka
sesungguhnya dia telah membersihkan agama
nya dan maruah dirinya.
Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkaraharam, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Jika dinilai kembali kepada hadis di atas,dapatlah kita memahami bahawa hati merupakan raja dalam menentukan segala tindak tanduk kita di atas muka bumi ALLAH SWt ini. Jika hati itu dalam keadaan baik, maka baiklah lahiriah kita dan sebaliknya. Namun, apa yang selalu berlaku, kita gagal mengesan tentang fungsi hati sepenuhnya. Dan kita perlu ingat, ada sejenis mahluk ALLAH SWT yang berkaitan dengan hati, yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan, iaitu NAFSU. Sedikit info tentang nafsu, nafsu terbahagi kepada tujuh jenis :

1. Nasfu Amarah

- adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.

- mereka adalah dari golongan yang bersultan di mata dan beraja di hati.

- mereka adalah golongan ahli neraka.

2. Nafsu Lawamah

- adalah nafsu yang menyedari apabila melakukan kemungkaran.

- golonagn ini baramal tetapi masih ada riak, hasad dengki dan sebagainya.

- nafsu mereka selamat tetapi dalam bahaya.

- mereka adalah golongan ahli neraka.

3. Nafsu Marhamah

- adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat mazmumah.

- walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.

- mereka adalah golongan ahli neraka.

4. Nafsu Mutmainah

- adalah nafsu yang lemah lembut.

- mereka mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa.

- mereka adalah wali kecil.

- golongan ini adalah dijamin syurga.

5. Nafsu Raudiah

- adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk makrifat dengan Allah Taala.

- mereka bergaul dengan orang ramai tetapi hatinya kepada Allah Taala semata-mata.

- mereka adalah wali besar.

6. Nafsu Kamaliah

- adalah nafsu yang sempurna, nafsu para-para nabi, rasul

7. Nafsu Mardiah

- adalah nafsu yang paling kemuncak. Nafsu yang paling di redhai Allah Taala.

Jika dilihat pada jenis-jenis nafsu yang disenaraikan, kita mungkin dapat menilai dimanakah kedudukan kita sekarang. Semoga kita dala keadaan yang baik dan dilindungi ALLAH SWT. Mungkin kita semua tahu tentang kisah sejarah penciptaan nafsu. Setelah Allah S.W.T menciptakan akal, maka ALLAH SWT menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun.

Dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah. Biarlah akal yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT menjadi hakim dalam segala tindak tanduk kita,agar semua yang kita lakukan adalah semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH SWT.

Sebagai manusia kita, kita tidak mampu membuang nafsu dalam diri kita sesungguhnya nafsu itu adalah fitrah kehidupan. Andai kata kita tidak mempunyai nafsu,maka kita tidak ada juga keinginan. Bagaimana kita ingin berjihad di jalan ALLAH SWT jika kita tidak mempunyai keinginan??Justeru, apa yang boleh kita lakukan adalah kita mengawal nafsu kita sebaik mungkin agar patuh dan tunduk kepada ALLAH SWT. Semoga nafsu yang telah dilatih dan ditarbiyah oleh kita ini, insyaALLAh dapat membantu kita untuk bertemu dengan ALLAH SWT di akhirat kelak.
Pulanglah wahai diri insan....
7:08 AM | Author: ARUL FIKRI
Kehidupan yang kita lalui seharian, semakin lama semakin banyak yang kita pelajari. Biarpun kedatangannya kadang-kala menggembirakan hati dan adakalanya mendukacitakan diri ini. Namun, bagi mereka yang telah dikurniakan Iman oleh ALLAH SWT, mereka hanya nampak dunia ini kecil sahaja jika dibandingan dengan kehidupan akhirat yang jauh lebih mencabar dan menakutkan. Sifat tunduk mereka dalam menerima segala apa yag telah ditetapkan oleh ALLAH SWT ini merupakan salah satu sifat yang sangat-sangat sukar untuk ditanam dalam diri manusia.Moga-moga sifat tawakal dan tawaduk kita ini adalah salah satu daripada amalan yang dapat membantu kita semasa berhadapan dengan ALLAH SWT...

Entah mengapa dua tiga hari ini, hatiku cukup tersentuh jika dikaitkan dengan kehidupan manusia ini. Hati ini seakan-akan merayu dan meminta-minta agar aku ini terus mendekatkan diri kepada ALLAH, bahkan lebih rapat daripada waktu-waktu sebelumnya. Teringat kisah dalam satu video yang disampaikan oleh ustaz MAZA, tentang nikmat ALLAH yang begitu luas kepada manusia. Ustaz melemparkan pertanyaan kepada penonton,"Jika kita kenangkan kembali saat-saat kita dilahirkan, kemudian kita dibesarkan sehinggalah kita ada pada saat kita sekarang ini, berapa banyakah nikmat yang ALLAH SWT anugerahkan kepada kita.Bolehkah kita mengiranya satu-persatu??? Tentulah jawapannya adalah mustahil kerana nikmat ALLAH kepada kita sangat banyak. Teringat satu lirik lagu, "TUHAN DOSAKU MENGGUNUNG TINGGI, TAPI RAHMATMU MELANGIT LUAS"..NAH, inilah sifat belas kasih sayang ALLAH SWT kepada insan, kerana sesungguhnya ALLAH sangat-sangat sayang kepada mahluknya.

Pernahkah kita ingat, pada saat ketika kita merasakan bahawa dunia ini seakan-akan berakhir untuk kita dan pada masa tersebut, kita menadah ke langait lalu merayu, YA ALLAH,BANTULAH AKU YA ALLAH. YA ALLAH, SELESAIKANLAH MASALAHKU YA ALLAH. AKU MANUSIA YANG LEMAH, JUSTERU AKU MEMOHON AGAR ENGKAU MENYELESAIKAN URUSANKU INI YA ALLAH. Dan tidak lama kemudian, masalah yang kita hadapi itu telah selesai dan hilang dalam igauan kita sehinggalah kita mampu untuk terus berada di atas muka bumi ini. Persoalannya,adakah kita masih lagi meletakkan pergantungan kita kepada ALLAH, ataupun kita hanya nampak ALLAH semasa kita ini dalam kesusahan?? Ingat, ALLAH itu bukan hamba kita yang mana kita hanya meyuruh ALLAh menyelamatkan kita sewaktu kesusahan, dan meni nggalkan ALLAH sewaktu kesenangan. Sama-sama kita renungkan masalah kita ini,supaya kelak satu hari nanti kita menjadi insan yang tahu berterima kasih kepada penciptanya...Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”

Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya.

Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.”
(Riwayat Tirmizi)

Jika dilihat pasda contoh diri RASULULLAH SAW, kita akan nampak betapa hebatnya diri Rasulullah dalam menjaga hubungan Baginda dengan ALLAH SWT. Meskipun di jamin masuk ke dalam syurga, namun Baginda tetap bangun malam menangis kepada ALLAH bagaikan bayi-bayi yang kecil yang mengharapkan ibunya,namun dengan ALLAH lebih daripada itu. Justeru, marilah kita sama-sama pulang kembali kepada fitrah kita, iaitu sentiasa mendekatkan diri kepada ALLAH. Moga-moga kelak suatu hari nanti, ALLAH nampak kita di dalam berbilion-bilion manusia di padang Mahsyar sebagai hamba yang ALLAH kasihi...

“Ya Allah! Berilah aku petunjuk sebagaimana orang yang telah Engkau beri petunjuk berilah aku perlindungan sebagaimana orang yang telah Engkau lindungi sayangilah aku sebagaimana orang yang telah Engkau sayangi. Berilah berkah apa yang Engkau berikan kepadaku jauhkan aku dari kejelekan apa yang Engkau takdirkan sesungguhnya Engkau yang menjatuhkan qadha dan tidak ada orang yg memberikan hukuman kepadaMu. Sesungguhnya orang yg Engkau bela tidak akan terhina dan orang yang Engkau musuhi tidak akan mulia. Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau. Ya ALLAH, Selamatkan lah kami semua sebagai hambamu, dan kami memohon ampun atas segala dosa yang pernah kami lakukan kepadamu...amin...
Related Posts with Thumbnails