kenapa wahai umat ISLAM,KENAPA!!!!
7:47 AM | Author: ARUL FIKRI

Semasa ana makan malam tadi, ana makan sambil menonton tv. Kisah paparan laporan jenayah MINGGUAN, diulang MINGGUAN. Apa yang ana terkilan adalah tentang majoriti masalah yang dipaparkan dalam rancangan tersebut, kebanyakan adalah dari UMAT ISLAM sendiri. Di mana silapnya, di mana kekurangnya sehingga umat ISLAM kini berani menjaja agama ISLAM untuk kepentingan dunia.
Masalah pertama melibatkan tentang nelayan-nelayan bot kecil, yang menyeludup barang-barang larangan ke negara jiran. Bila di tanya,kerana apa mereka berani bertindak sedemikian, jawabnya "KERANA SAYA PERLUKAN DUIT. SAYA BERHUTANG DENGAN SESEORANG SEBANYAK RM 30 RIBU". Satu statement yang ana XDAPAT terima sebagai umat ISLAM. Malu ana kerana masih ada masyarakat yang hanya nampak pada zahirnya sahaja. Even mereka mendapat duit lebih daripada yang mereka perlukan,maka DIMANA LETAKNYA KEBERKATAN. Dia membayar hutang dengan hasil yang diperolehi, tetapi hakikat yang lebih teruk adalah dia BERHUTANG DENGAN ALLAH SWT. Ingatlah,azab ALLAH amat pedih sehingggakan jika sebutir batu neraka jatuh ke bumi, maka akan hancurlah segala apa yang ada padanya. MASYAALLAH..
Masalah kedua adalah masalah yang xpernah habis, masalah couple dan zina. Tapi yang lebih buruk lagi, masalah ni diraikan semasa VALENTINE DAY. Ana xdapat nak tahan marah, melihat kebodohan orang muda yang menjual haarga diri pada tempat yang keji itu. Tak pernahkan mereka terfikir tentang akibat daripada perbuatan mereka tu?? Kalau setakat seronok, memang seronok. Tp xkan sama dengan mereka yang HALAL MENGHALALKAN ANTARA SATU SAMA LAIN. Islam tidak melarang jika kita nk bersama, tetapi ikutlah syariat agar dapat memandu ke jalan yang betul. Bukan secara membuta tuli. Masalah Jahiliyyah yang masih ada pada zaman moden ni....
Masalah seterusnya, ni kita masuk bab lain sebab yang ni slot drama lain. Kisah PENUNGGU GUNUNG RAYA. Orang Melayu mmg xdapat lari dr kepercayaan mistik,kalah penganut agama lain. Pontianak la, toyol la, apa2 la. Bukan salah untuk percaya,tp biarlah bertempat. Ni tidak, di dramakan agar orang MELAYU MENJADI LEBIH PENAKUT. Mana taknya, ISTERI DAN ANAK-ANAK USTAZ ANA SENDIRI JADI TAKUT SELEPAS TGK CITE TU. Mistik mistik jg, tp biarlah berpada-pada. Jangan sampai kita melahirkan generasi yang penakut pada benda yang xsepatutnya...
Ingat ikrar kita setiap hari,SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYA KERANA ALLAH SWT. Jadi kenapa kita masih xambil tindakan yang terbaik untuk bawa diri setiap individu pada landasan yang sebenar???
|
This entry was posted on 7:47 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails