roh perjuangan
7:09 PM | Author: ARUL FIKRI

Bila berkisar tentang roh,maka kita kan dikaitkan dengan asal usul kita, di mana alam yang pertama yang kita tempuhi iaitu alam roh. Di alam roh, semua manusia yang ketika itu wujud dalam bentuk roh yang dikenali sebagai rohul tamayyiz, berjanji dengan Allah SWT bahawa Allah SWT adalah Tuhan manakala mereka adalah hamba (alas tu birabbikum qalu bala shahidna). Ikrar manusia di alam roh ini melahirkan paling kurang tiga implikasi penting kepada kehidupan manusia di dunia.

Pertama, manusia dikurniakan status sebagai hamba Allah SWT. Kedua, melalui pengurniaan status itu, manusia dikurniakan garis panduan, atau pelan induk, atau blue-print kehidupan di dunia. Dan ketiga, manusia dimaklumkan bahawa alam roh, alam dunia dan alam akhirat sebenarnya merupakan alam-alam yang berkesinambungan dan tidak terpisah antara satu sama lain. Alam roh merupakan alam perjanjian, alam dunia merupakan alam pembuktian dan alam akhirat merupakan alam pembalasan.

Setelah kita dilahirkan ke muka dunia,maka bermulalah era pembuktian janji-janji yang pernah dilafazkan di hadapan ALLAH SWT. Maka dari kita kecil sehingga kita kembali ke rahmatullah, segala amalan dan usaha telah kita kerjakan dengan menggunakan apa yang ALLAH berikan kepada kita. Cumanya,terdapat dua perkara yang telah kita kerjakan di atas muka bumi, iaitu perkara kebaikan dan perkara keburukan. Berkisar dengan roh perjuangan, juga dibahagikan dengan perkara-perkara tersebut.

Sejarah telah mencatatkan bahawasanya terdapat dua golongan manusia yang akan saling mempertahankan hak-hak mereka. Golongan-golongan tersebut adalah golongan yang maaruf dan golongan yang mungkar. Mereka ini aka saling memperjuangkan prinsip masing-masing dan adakalanya sehingga pertumpahan darah akan berlaku. Namun, kita semua mengetahui bahawa Allah SWT sentiasa berada di pihak yang benar,dan kebenaran itu akan terselah pada episod akhir perjuangan dalam hidup ini. Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa membawa kebenaran kerana sesungguhnya usaha mereka itu tidak sia-sia,malah ALLAH sangat menyayangi orang-orang yang berpesan-pesan ke arah kebenaran.

Bila bercakap tentang perjuangan,maka istilah yang selalu sinonim dengannya adalah JIHAD. JIhad diertikan melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh dan menuntut sebuah pengorbanan yang adakalanya kita tidak bersedia untuk itu.Namun di situlah ujian ALLAH yang sebenarnya untuk mengetahui adakah benar hambanya itu ikhlas dalam perjuangan ini. Sirah sahabat banyak menceritakan tentang ketegasan mereka dalam perjuangan ISLAM. Ada yang sedang berada di dapur, ada yang sedang minum dan segalanya,namun apabila mendapat seruan dari ALLAH,maka mereka meninggalkan segala-galanya demi pembuktian cinta kepada ALLAH.

Justeru,sebagai seorang yang mengimpikan rahmat ALLAH SWT, seharusnya kita menanamkan roh perjuangan ini dan menjaganya dengan baik. Jika jasad kita sakit,maka kita boleh lihat simptom-simptomya. Namun jika roh sakit, mana mungkin kita dapat menyedarinya dengan cepat...
PERMATA YANG DI CARI...
2:37 AM | Author: ARUL FIKRI
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


Langkah Tercipta
5:12 PM | Author: ARUL FIKRI

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu
Perjalanan hidupku...
4:43 PM | Author: ARUL FIKRI

Ya ALLAH,bila ku muhasabah diriku yang tak punya apa-apa ini ku menyedari bahawasanya aku memamg seorang insan yang hina. Yang dihantar oleh Tuhan ke atas muka bumi untuk terus menguji siapa diri insan yang sebenar.Menguji makna ungkapan semasa di alam roh, bahasanya TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH..

Namun aku malu Ya Allah. bila menenangkan betapa aku telah banyak memungkiri janji itu.Betapa banyaknya dosa yang telah aku lakukan di atas muka bumi tumpangan,yang hanya menunggu saat untuk hancur buat selama-lamanya.Hati kecilku seringkali mengungkap rasa penyesalan ketika hati itu hidup menangis kepadaMU.Hamba insan yang terkial-kial mencari makna cinta Ya Rabb,dan dalam perjalanan CINTA itu aku seringkali terjatuh terduduk, sesak nafas dan akhirnya ada kala air mata ini mengalir kerana merasakan diri tidak mampu.Terkesan daripada pukulan itu Ya ALLAH,lantas aku cuab bangunkan diriku,ku gagahi jua semangatku,ku bangkit mencabar diri,

WAHAI DIRI HAMBA ALLAH,USAHLAH KAMU BERPUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH.SESUNGGUHNYA SETIAP KEGELAPAN ITU PASTI DISUSULI DENGAN KETERANGAN,IBARAT MALAM DIGANTIKAN DENGAN SIANG.PERKEMASKAN LANGKAHMU,DAN BERGANTUNGLAH KEPADA ALLAH.SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG..

Bila seruan ini hadir ,maka aku bangun menyambut seruannya.Benar dalam hati ini masih merasa kesannya,namun sampai bila wahai diri,sampai bila????Ingatlah masa kehidupanmu akan terus berlalu dan berlalu sehingga sampai ke akhirnya.Adakah kau ingin menggunakan masa yang sanagt terhad ini dengan meratapi kesedihan salam hatimu ini...sesunggunya tidak salah untukmu bersedih,namun apa yang ku rungsing wahai dirku keadaan dirimu yang seolah-olah tiada pengakhiran untuk ceria kembali.Kau sering menyeru insan-insan lain agar melepaskan kesedihan mereka,namun apabila tiba saat itu kepadamu,kau pula seolah2 tidak bernyawa...aku tahu wahai diriku,bukan mudah untuk bernafas di dalam keadaan itu,namun bersabarlah.menangislah memohon petunjuk kepada ALLAH,InsyaALLAH ALLAH akan mengajarkanmu tentang erti kebahagiaan yang telah disediakan....Bangun kembali ye wahai diriku,aku tahu dikau sangat terkesan dengan apa yang berlaku,namun harus juga kau ingat aku jua sebahagian darimu.Jika kau lemah wahai dirku,maka aku akan turut merasa kesannya...

Ayuh,wahai dirku.yang berlalu biarkanlah,yan bakal menjelma kita bersedia untuknya bersama...kerana apa wahai diriku,kerana aku adalah kamu,dan kamu adalah aku...

-coretan jiwa hamba yg dalam kesedihan..-

ALLAH, kini daku mengerti
7:36 PM | Author: ARUL FIKRI

Pernahkah anda bermain permainan yang menyuruh anda mereka atau memilih sesuatu, seperti pahlawan(My Brute, Dragon Ball), perkampungan, markas tentera(Red Alert)??? Dan setelah anda memilih karakter-karakter tersebut, apa yang anda akan rasa??? Tentunya anda akan berasa bahawa karakter pahlawan dan markas anda itu adalah yang terbaik dan mampu melawan segala musuh yang datang kepada anda. Paling tidak pun, anda akan cuba menjaganya dengan sebaik mungkin untuk memastikan ianya terus ada dan terus boleh bertahan dengan serangan-seranagn musuh yang datang.

Apa kaitan game ini dengan kaitan tajuk kita dia atas??

Ingatkah anda semua tentang kisah ini, sejarah yang terukir di dalam Al Quran...

Apabila Allah mencipta manusia, Allah menyuruh semua malaikat sujud kepada Nabi Adam. Semua malaikat tunduk dan patuh kecuali Azazil. Azazil mempersoalkan kenapa dia harus sujud kepada nabi Adam. Katanya, ” Aku diciptakan daripada api yang menjulang sedangkan Adam diciptakan daripada tanah yang paling hina.”

Keegoan Azazil mendatangkan murka Allah. Mendengar kata-kata daripada Azazil, Allah terus menjawab, “Mulai hari ini kamu diharamkan daripada syurga dan kamu adalah makhluk yang dilaknat. Pasti Nerakalah tempat kamu kembali.”

Terkejut Azazil mendengar jawapan daripada Yang Disembahnya. Dia dulu merupakan makhluk yang tinggi di sisi Allah, kini menjadi makhluk yang paling hina di sisi Allah. Dia dulu makhluk yang dibangga-banggakan oleh Allah, kini dia dilaknat oleh Allah. Semua angkara manusia! Manusialah yang menjadikan Azazil hina. Dia tidak berpuas hati.

“Ya Allah, jika aku dijanjikan neraka, maka izinkan aku menambah teman-temanku di neraka kelak,” rayu Azazil.

“Aku benarkan,”jawab Allah.

“Pasti, aku akan sesatkan anak-anak Adam hingga ke hari qiamat,” nekad Azazil di dalam hatinya dengan bersungguh-sungguh.

Berdasarkan kisah di atas, mengapa ALLAH membenarkan iblis dan syaitan menghasut kita, lalu meramaikan ahli keluarganya?? Bukankan mereka ini mahluk yang telah melanggar perintah ALLAH SWT??

Ini jawapannya wahai diriku dan sahabat sahabiah,

Jawapannya disebabkan Allah yakin dengan manusia. Allah bangga dengan manusia. Allah membenarkan Azazil menghasut manusia disebabkan Allah tahu kredibiliti ciptaan Nya. Dia tahu manusia tidak akan tergoda dengan hasutan si syaitan durjana. Lalu, diberi Nya manusia sesuatu yang istimewa yang menjadikan manusia adalah sebaik-baik kejadian iaitu akal.

Dengan akal lah manusia menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Dengan akal lah manusia mentadbir alam ini sesuai dengan kehendak Allah. Dengan akal lah manusia menjadi yang dibangga-banggakan atau yang dihina-hina.

Betapa yakinnya Allah dengan ciptaan Nya ini, Allah sendiri membuka jalan-jalan kepada syaitan bagi menjatuhkan manusia. Allah membenarkan syaitan menghasut manusia dari mana-mana sudut tanpa membuat sebarang sekatan contohnya nabi Allah, Ayub. Daripada sekaya-kaya manusia, sebahagia-bahagia keluarga menjadi semiskin-miskin manusia dan ditinggalkan isteri-isteri dan kematian anak.

Apabila syaitan meminta dengan Allah untuk menjadikan Ayub miskin, Allah benarkan. Syaitan minta lagi daripada Allah keizinan untuk membuat Ayub kehilangan keluarga, Allah benarkan dan Allah berkata, “Pasti kamu tidak akan berjaya.” Dimintanya lagi daripada Allah keizinan untuk membuat Ayub sakit, Allah benarkan lagi dan Allah berkata perkara yang sama.

Ternyata segala tipu daya syaitan, segala hasutan syaitan tidak berjaya menggoncangkan walaupun sedikit iman insan yang bergelar Ayub ini. Tatkala dia mengambil wudhu’, ulat yang memakan daging-dagingnya jatuh ke tanah, dikutipnya kembali. Dia ditanya oleh malaikat, “Kenapa engkau mengutip kembali ulat itu wahai Ayub?” Ayub menjawab, “Sesungguhnya Allah telah meletakkan rezeki ulat itu di badanku. Siapalah aku untuk menentang hukum Allah.”

Apabila penyakit yang dihidapnya semakin parah, isteri kesayangan yang terakhir telah meninggalkannya, Allah membuka hijab langit, membiarkan malaikat melihat kehebatan insan yang bernama Ayub ini. Semua malaikat yang melihat menangis sehingga ada yang berjumpa dengan Allah dan meminta supaya Allah mengubati Ayub. Allah berfirman, “Aku benarkan jika Ayub meminta daripada Ku.” Mendengarkan firman Allah itu, semua malaikat gembira dan Jibrail pun turun ke bumi untuk berjumpa dengan Ayub.

“Wahai Ayub, mintalah kesembuhan daripada Allah. Pasti Dia sembuhkan mu,” beritahu Jibrail.

“Tidak wahai Jibrail. Jika dengan berkeadaan begini aku lebih dekat dengan Allah, aku lebih rela sebegini. Biarlah Allah menyembuhkanku apabila tiba masanya,” jawab Ayub yang tidak mampu berkata-kata panjang.

Semua syaitan yang melihatnya merasakan satu tamparan hebat daripada makhluk yang dihinanya dulu, manusia. Inilah kehebatan sebenar manusia. Disebabkan Allah tahu manusia mampu menjaga diri mereka sendiri, maka Allah lepaskan manusia ke atas muka bumi ini. Hiduplah manusia di atas muka bumi sebagai pejuang. Perjuangan menentang musuh yang utama, Syaitan Laknatullah alaih.

Namun, Allah tidak membiarkan manusia hidup sendiri. Dia tahu kita perlukannya, maka diturunkan Nya satu panduan hidup yang sempurna, Islam. Tetapi turunnya Islam bukanlah satu bentuk paksaan tetapi satu bentuk pilihan. Allah membenarkan sesiapa untuk memilih Islam dan Allah juga tidak kisah sesiapa yang memilih Islam.

Kita Islam ataupun tidak, sedikitpun tidak menjatuhkan martabat Allah sebagai Tuhan sekalian alam. Kita amal Islam ataupun tidak, sedikitpun tidak menjatuhkan martabat Islam yang sentiasa tinggi di sisi Allah.

Produk yang Allah hasilkan ini lengkap, ada ketua dan ada pengikut. Kenapa? Kerana musuh yang bakal ditentang produk-produk ini juga mempunyai organisasi yang cukup mantap, ada ketua dan ada pengikutnya. Sayangnya Allah pada produk ini, diberi Nya strategi yakni Islam supaya musuh produk Nya itu mati terdampar di neraka.

Namun, langit tidak selalu cerah, trafik tidak selalu lancar. Apabila produk-produk ini berada di medan perang yang betul-betul, ramai yang tersungkur. Ramai yang kalah di tangan syaitan dan kuncu-kuncunya. Ada yang terang-terang kalah dan ada juga diracun dari dalam.

Yang murtad, kafir, sudah jelas namun yang digoda dengan ibadah sehingga tinggalkan dunia, inilah yang patut dirunsingkan. Kalau betul-betul jelas matinya di medan perang, senang tetapi yang berjuang gila-gila tetapi dia tidak perasan bahawa tiada musuh di hadapan, inilah yang bahaya.

Kita menegur, dimarahnya kita. Dituduhnya kita berhasad dengki dengannya. Dituduhnya kita macam-macam. Inilah yang bahaya, ‘bodoh tidak boleh diajar,pandai tidak boleh ditumpang.’

Wahai produk-produk yang dibangga-banggakan oleh Allah, bangunlah, sedarlah. Usah kalian berputus asa dalam perjuangan ini. Perjuangan ini belum selesai walaupun kalian menghembus nafas terakhir, baton akan berpindah tangan kepada anak cucu kalian. Sekali kalian tersungkur, jangan sesekali mengaku kalah, bangkitlah kembali kerana Pencipta kalian sudah memenangkan kalian dalam peperangan ini, cuma kalian tidak boleh jatuh dan tunduk pada musuh kalian.

Wahai manusia, jadilah produk yang dibangga-banggakan oleh Allah. Jangan sesekali kamu memalukan oleh kepada syaitan dengan mengikut godaan syaitan. Jangan sesekali kamu mengubah persepsi Allah terhadap mu dengan melakukan segala suruhan syaitan. Jangan sesekali kamu menjatuhkan aib Allah dengan kekalahan mu. Allah telah bersumpah di hadapan semua malaikat bahawa kamu mampu untuk menangkis sebarang hasutan, ancaman daripada syaitan,mahukah kamu menjadi salah seorang yang menafikan sumpah Allah?

Kisah Aku dan Ramadhan...
2:49 PM | Author: ARUL FIKRI

Sebelum kedatangan ia,
daku sering alpa
Oleh dosa dan noda
hasutan nafsu dan syaitan yang dicela
Ingin sekali mendekatkan diri kepadaNya
namun daku tewas tak berupaya
akhirnya Allah Taala
menganugerahkan kau Ramadhan mulia
untuk seluruh manusia
awalnya aku sering berdoa
agar aku memanfaatkan bulan ini sepenuhnya
ibarat sepasang kekasih yang sedang bercinta
kau hadir Ramadhan
membawa cahaya kepada jiwa yang dahaga
yang mengimpikan rahmat dari Tuhannya

Oh Ramadhan...
permulaanmu disajikan dengan kerahmatan yang istimewa
bulan untuk umat Muhammad berpuasa
pertengahanmu pula disediakn dengan keampunan dari segala dosa
pengakhiranmu pula pembebasan daripada api neraka
dalammu dihiasi dengan pelbagai benda yang berharga
malam lailatul qadar yang sanagt istimewa
juga ganjaran berganda untuk pahala
juga kitab Al Quran diturunkan ke dunia
pintu syurga dibuka seluasnya
dan pintu neraka ditutup serapatnya
syaitan dan iblis dikurung di penjara
semuanya tersedia untuk jiwa hamba
yang sering merindui kepada Tuhannya...


Oh Ramadhan..
kau begitu istimewa
seolah-olah menyedarkan diri yang hina
agar kembali kepada fitrah semula
untuk menghadap di hadapan Tuannya
semasa dibangkitkan di suatu masa

oh Ramadhan...
kini engakau ingin melabuhkan diri
dan dikau terus berlalu pergi
meninggalkan diri ini
yang sering bertanya sendiri
adakah kita mungkin bertemu lagi
atau ini yang terakhir untuk episod kehidupan ini
sesungguhnya terasa begitu sebak di hati
bila aku tersedar kembali
adakah dirimu daku hargai
dengan sering menghampirkan diri kepada Ilahi
atau aku sering saja tidak menyedari
bahawa aku termasuk dalam kalangan orang yang rugi

Oh Ramadhan,
semoga setelah pemergianmu
tidak akan mengubah diri daku
menjadi hamba yang taat dan patuh kepada yang Satu
semoga setelah pemergianmu
akan membakar api imanku
semoga setelah pemergiaanmu
hati yang hidup ini tidak kembali membeku
semoga setelah pemergiaanmu
aku terus berjuang manghadapi hidup yang penuh liku
semoga setelah pemergiaanmu
akan membawa sejuta perubahan kebaikan dalam diriku

Oh Ramadhan,
semoga episod cinta kita
bakal bersambung lagi dilain masa
ku doakan agar Allah mempertemukan kita
kerana aku bisa mengerti satu perkara
bahawa engkau juga mahluk Tuhan Yang Esa
pengakhiranmu diganti dengan Syawal yang mulia
tanda kasih sayang Allah kepada hamba.....

Oh Ramadhan,
kembalilah.........

RuGiLah oRaNg yaNg diDaTaNgi RaMadHan ,

BuLaN iTu berLaLu TetaPi d0sanya TiDak diaMpuNKan... ^_^

Petiklah Bunga Itu Wahai Kumbang Sakti!
2:27 AM | Author: ARUL FIKRI

Bunga mekar di taman larangan
Elok kelopaknya, elok harumannya
Dijaga rapi Sang Penjaga
Dihias tertib tiada tercela

Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.
Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,
kau datang merampas langkahnya.
Kau datang menghalang Cintanya.
Ya!
Kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta.
Masakan tidak kamu ketahui?
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!
Kamu tahu itu?
Kamu sedar itu?
Bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa tegar untukmu
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?

Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga.
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.

Jangan kau gantung dia tiada bertali
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.
Petiklah dia.
Secepatnya.
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.
Bukankah itu ajaran Rasul kita?
Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti

Aku sayangkan bunga
dan kamu wahai kumbang
Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?
Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.

Siramkan air dan baja
Mentari! Pancarkan cahaya!

Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan
Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua

Petik dia.
Mohon petunjuk Raja Segala Cinta
Minta restu kedua orang tua
Dan aku mendoakan sentiasa

bukan aku memaksa.
tapi aku terpaksa
sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?
dia perlukan jawapan.
petik dia secepat yang kau mampu kumbang..
andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya
andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu

andai kamulah kumbang sakti itu..
buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu

Allah akan mempermudahkan segalanya.
Janji Allah itu pasti
^-^

*Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanyang dikehendakiNya. *

[At-Talaq:2-3]
Air Mata Keinsafan
11:43 PM | Author: ARUL FIKRI



Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?
Kenapa begitu sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku? Begitu hitamkah hatiku ini?
Begitu menggunungkah dosa diri ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunan-Mu, ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayah-Mu bertapak dalam ruangan hati hitam ini, ya Allah? Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa?
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w.? Kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yang lain?


Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam
Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah
Tapi diri ini tetap kurasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang surga-Mu, ya Allah Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu
Ya Allah, Hinanya diriku ini,
ya Allah Kotornya diriku ini,
ya Allah Jijiknya diriku ini,
ya Allah Berilah hidayah padaku,
ya Allah Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku
Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini
Tidak sanggup, ya Allah Segala-galanya aku berserah pada-Mu
Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu,
ya Allah Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu


Astaghfirullahalazim
Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku
Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya


Air mata membasahi pipi
Adakah ini air mata keinsafan?
Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini
Diri ini sedih dengan apa yg telah hamba-Mu ini lakukan
Aku ingin meminta sesuatu dari-Mu
Tapi aku sungguh malu pada-Mu ya Allah
Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna
Aku sangat mengagumi perjuangan beliau
Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub


Tapi ya Allah, aku malu, ya Allah untuk menyatakannya
Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna? Nama Syed Qutub?
Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini?
Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini
Aku tidak layak memikirkan tentangnya
Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka?
Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?
Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau
Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka
Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah
Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita
Aku ingin sekiranya boleh menjadi mujahid seperti Hassan Al-Banna


Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku, ya Allah?
Layakkah diri ini?
Aku sungguh malu menyatakannya, ya Allah
Sungguh hina diri ini, sungguh kotor diri ini
Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka
Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi
Ya Allah, Pimpinlah daku Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma
Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa-dosa hina Ampunilah aku, ya Allah


Astagfirullahalazim Astagfirullahalazim Astagfirullahalazim

Nur...
7:33 AM | Author: ARUL FIKRI

Kesedihan, kesengsaraan, kesakitan....ungkapan yang sering hadir ketika diri kita dalam kegelapan. Bagaimana kegelapan itu boleh hadir dalam kehidupan kita, maka jawapannya ada pada kita. Kerana Allah telah memberikan kita akal fikiran yang membuatkan kita adalah mahluk terbaik yang diciptakan ALLAH SWT. Mengapa kita kadang kala tidak menggunakan kelebihan ini untuk menangani segala apa yang kita rasa sukar untuk kita tangani???
Keupayaan manusia berbeza antara satu sama lain, ana tak nafikan kenyataan itu. Tapi adakah itu membuktikan kita adalah insan yang lemah. Kalau saat ini hadir, bukan kelemahan yang perlu kita hidangkan, tetapi kekuatan jiwa dan segunung ketabahan yang perlu kita pertaruhkan. Kita bukan insan yang lemah dengan tomahan,herdikan,cacian dan sebagainya , yang tidak sepatutnya kita terima. Mungkin pada permulaannya agak sukar untuk kita tempuhi, namun kalu kita tidak cuba untuk melangkah setapak,mana mungkin kita dapat berlari pada masa seterusnya. Apapun yang berlaku terpulang kepada kita. Allah memberikan ruang kebebasan untuk kita menentukan apap yang kita mahu untuk hidup kita ini.
Ayuh diriku dan semua. Andai kata pernah jatuh tersungkur, pernah hatinya padam dalam kegelapan, dengan sedikit cahaya pendorong serta Nur dari Ilahi kita sama2 bangkit menebus segala saat yang kita merasakan ianya sukar. Kita mampu untuk menempuhinya. Bekalkan kesucian hati,agar Nur itu terus dibekalkan oleh Allah untuk kita....
Nur itulah yang dinamakan Cintakan ALLAH melebihi segala apa yang kita pernah ada..
Terima Kasih Wahai GURU
1:24 AM | Author: ARUL FIKRI


Terima Kasih Wahai GURU

GURU belahan jiwa . . .
Kekasih yang sempurna . . .
Akhlakmu mempesona . . .
Duhai bulan purnama . . .
Bunga-bunga bersemi diatas tanah suci
Mekar Indah Mewangi Cintamu kan abadi
Keseluruh penjuru . . .
Kau tegakan Agama jagat Raya Gempita . . .
Menyambut Akhlak Mulia
Kunyanyikan Lagumu
Dengan senandung Rindu kekasih yang ditunggu
Wahai kau "MAHA GURU"
Berlimpahnya cintamu
Mulianya ajaranmu
Tumbuh subur di qalbu jantung, darah & nadiku
Guru jalan hidupku hingga akhir hayatku
Ku ikut agamamu
Jangan tinggalkan aku
Maju bangkitlah jiwa
Hati penuhi cinta Janganlah kau tergoda . . .
Oleh surga dunia Karena tujuan kita . . .
Hanya ALLAH SWT semata
Wahai para perindu tetapkanlah hargamu
Menuju sang petunjuk
Jalan Lautan Biru
Tuk Menggapai Fitrahmu
Makna Kesucianmu
generasi AL-QURAN
8:14 AM | Author: ARUL FIKRI
HAK KITA DAN HAK IBLIS..
10:45 AM | Author: ARUL FIKRI
Salah seorang sahabat, Anas bin Malik r.a. berkata: "Iblis laknat telah bertanya kepada Allah s.w.t. antaranya ialah:-


Kata Iblis kepada Allah s.w.t.: "Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat kediaman yakni rumah untuk berzikir kepadaMu. Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku."

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Wahai Iblis tempat kediamanmu ialah di dalam bilik air (tandas)."

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat mereka berkumpul (mesjid, surau). Di manakah tempat bagiku berkumpul?"

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Wahai Iblis tempat untuk kamu berkumpul ialah di pasar-pasar (di pusat-pusat membeli belah, pesta-pesta, kelab-kelab malam, majlis-majlis maksiat, tempat hiburan dan sebagainya)."

Iblis berkata lagi: "Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu kitab untuk mereka membaca (Al-Quran). Tunjukkanlah kepadaku apakah bahan bacaanku?"

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah Syair (sajak dan yang bersangkutan dengannya)."

Kata Iblis: "Ya Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?"

Firman Allah s.w.t.: "Wahai Iblis, cerita bagimu ialah kata-kata dusta (bohong dan yang bersangkutan denganya)."

Kata Iblis: "Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mereka mengajak orang datang (mengumpulkan orang untuk sembahyang berjamaah). Apakah azanku (untuk mengumpulkan orang)."

Firman Allah s.w.t.: "Wahai Iblis, azan untukmu ialah seruling."

Kata Iblis: "Ya Tuhanku, Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan para Rasul) kepada anak-anak Adam. Siapakah yang akan menjadi utusan bagiku."

Firman Allah s.w.t.: "Wahai Iblis, para utusanmu ialah dari dukun (dan yang lebih kurang sama dengannya)."

Kata Iblis: "Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kitab bertulis (ayat-ayat Al-Quran) kepada anak-anak Adam. Apakah tulisan bagiku?"

Firman Allah s.w.t.: "Wahai Iblis, tulisanmu ialah tulisan gincu yang palsu di badan (seperti lukisan-lukisan dilengan, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)."

Kata Iblis: "Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak-anak Adam itu perangkap-perangkap. Apakah perangkap bagiku."

Firman Allah s.w.t.: "Wahai Iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."

Kata Iblis: "Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan makanan (yang disebutkan dengan namaMu) kepada anak-anak Adam. Apakah makanan bagiku?"

Firman Allah s.w.t.: "Wahai Iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah."

Kata Iblis: "Ya Tuhanku, Engkau telah berikan minuman (minuman yang halal dan yang sentiasa dimulakan dengan bismillah) kepada anak-anak Adam. Apakah minuman bagiku?"

Firman Allah s.w.t.: "Wahai Iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan (seperti arak, yang lebih kurang sama dengannya dan minuman yang tidak dimulakan dengan bismillah)."

Ibnu Mas'ud r.a. berkata: "Kalau seseorang itu makan dengan tidak membaca bismillah, maka syaitan akan makan bersamanya. Apabila seseorang itu makan dan dimulai dengan bismillah maka syaitan tidak akan dapat makan bersama bahkan syaitan akan memuntahkan kembali apa-apa yang sudah dimakannya."

Ibrahim Annakhaai berkata: "Kalau seseorang itu masuk ke rumahnya dan memberi salam, maka syaitan akan berkata: "Tidak ada tempat bagiku di sini." Dan kalau seseorang itu hendak makan atau minum lalu dimulai dengan bismillah maka syaitan akan berkata: "Tidak ada tempat dan tidak ada makanan dan minuman untukku di sini." Akan keluarlah syaitan dengan rasa kecewa."
bila gambar berbicara...
9:13 PM | Author: ARUL FIKRI
Firman ALLAH S.W.T: “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepadaKU” (Al-zariyaat ayat: 56).




“Kehidupan dunia itu tidak lain kecuali permainan dan hiburan sedang kampung akhirat itulah hidup yang sebenar, andai mereka mengetahui.” (Al-Ankabut:64)



Kata-kata saidana Umar r.a “Hisablah dirimu sebelum dirimu dihisab” Melalui kata-kata itu, capailah maksud bahawa hidup ini perlu di muhasabah setiap masa, usah menunggu hari esok. Bersegeralah dalam kebaikan.

berhati-hatilah semua...
12:31 AM | Author: ARUL FIKRI

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
kesedihan...
4:15 AM | Author: ARUL FIKRI

Kesedihan,
Ungkapan yang bisa menyebabkan jiwa insan sengsara,
Juga ungkapan yang duka lara,
Kisah Adam yang sengsara bila dicampakan ke dunia,
Bagaimana Sarah kesedihan ditinggalkan di gurun sahara,
Kesedihan Yunus di dalam perut ikan nun di dalamnya,
Jua kesedihan pemergian kekasih ALLAH, Muhammad yang sentiasa bertakhta di hati umatnya,

Mengapa kesedihan hadir di dalam jiwa,
Adakah sekadar menguji atau secara kebetulan saja,
Kesengsaraannya sukar untuk di jangka,
Bagi hamba yang lemah imannya,
Menganggap bahawa dirinya tiada guna,
Tiada lagi erti bagi hidupnya,
Tetapi bg mereka yang kuat imannya,
Pasti ditempuhi dengan sabar dan ketabahan di dalam jiwanya,
Kerana sesungguhnya ia mengetahui tentang segalanya,
Adalah datang dari Allah yang Esa

Justeru
Kepada diriku dan semua sahabatku,
Dengan panggilan kepadamu ku seru,
Agar kita semua kan bersatu,
Menempuhi segala onak dan liku,
Setiap keadaan dibekalkan dengan ilmu,
Serta rujukan dari sumber wahyu,
Semoga kita tidak akan mudah layu,
Kuatkan lah semangatmu,
Kerana sesungguhnya kita semua kan tahu,
Allah tidak akan menimpa sesuatu perkara itu,
Melainkan mengetahui bahwa hambanya masih mampu
memikul beban yang telah berlaku....

nukilan dari hati yang hina.....
senangkanlah hatimu....
3:39 PM | Author: ARUL FIKRI

Kalau engkau masih muda remaja,senangkan lah hatimu,kerana pohon pengharapan masih subur,dahan-dahannya masih rendang dan rimbun, tujuan dan kenang-kenanganmu masih jauh....sebab umurmu masih muda, mudah bagimu untuk menjadikan mimpi menjadi kenyataan...

Kalau engkau sihat, senangkanlah hatimu. Tandanya telah nyata pada dirimu kekayaan Tuhan dan kemuliaan nikmatNya, kerana badan yang sihat, mudahlah engkau mendaki bukit kesusahan dan menempuh padang kesulitan.....

Kalau engkau dalam kesulitan bertahanlah dengan sebaik mungkin. Usah berputus harapan dari rahmat Tuhan. Kerana ujian itu tidak kekal lama, akhirnya akan pergi jua. Janganlah terlalu mengikut hatimu, kelak akan akan menyebabkan dirimu dalam dibelengu....
isteri pertama...
12:23 PM | Author: ARUL FIKRI

Salam kasih sayang Islam buat semua. Cerpen ini saya bawa untuk tatapan dan renungan buat semua, sama ada yang belum berkahwin atau belum berkahwin lagi hehe..

___________________________________________________________________

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.

“Tak. Maksud saya…”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri.

Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.

Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.

Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.

“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Err, err, betul ke ni?!” tergagap Fikri apabila menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.

“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin.

Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah.

Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.

“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut hati kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

“Perjuangan!!” jawab Fikri.

____________________________________________________________

Sedarlah semua kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,

Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…

Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!

Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu…

Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam

Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!

Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…

Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah hakikat…

Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya

Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!

Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,

Kerana suami yang pertama bagi isterimu…

Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.

Jika dirimu tidak sedemikian,

Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!

Bantulah isterimu dan kuatkanlah dia untuk teruskan perjuangan!!!

sumber: Ust Muhtar Suhaili As-Sarawaki

kisah aku dan adik...
4:47 PM | Author: ARUL FIKRI

Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,"Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.
Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,
"Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku.
Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran.. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang…!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg…. sebuah penampar singgah di pipi adik.Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…. .
"Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen..
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,
"Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,
"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak… Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apa lagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,
"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya" katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya.Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar "
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."
Related Posts with Thumbnails