makna kebahagiaan yang sering dilupakan....
5:47 PM | Author: ARUL FIKRI

BAHAGIA ITU MAKNAWI JUGA BERSIFAT ROHANIAH,
TANDA SENANG BUKAN BAHGIA SEKALIPUN IA BERHARTA,
KERANA SEMUA ITU BERSIFAT LAHIRIAH,
IA BUKAN LA HAKIKAT BAHAGIA,
MAZMUMAH PUNCA TIADA BAHAGIA,
KERANA TERUS MENGEKANGKANNYA,
HASAD DENGKI GILA DUNIA,
SOMBONG BONGKAK MEROSAKAN SEGALA
CARILAH IA DAPATKAN BAHAGIA,
CINTAKAN ALLAH SETIAP,
BILA ZIKRULLAH DIHAYATI,
BARULAH BAHAGIA TERBIT DALAM DIRI...

Begitulah lirik lagu yang ana pernah hafal semasa Form 4,hasil nyanyian ketua bilik ana semasa sekolah teknik. Bila disebut tentang bahagia, masing-masing antara kita akan berkata,"NIKMAT, KESELESAAN,KEINDAHAN,KEGEMBIRAAN DAN SEBAGAINYA". Namun pernahkan terlintas di fikiran kita, bahagia juga dapat diperolehi daripada keadaan seperti "KESENGSARAAN, KEPAYAHAN PENGORBANAN, KESAKITAN DAN SEBAGAINYA". Benar, kesemua yang ana labelkan di atas adalah sesuatu yang jarang-jarang manusia inginkan. Mana tidaknya, kesemuanya itu adalah keadaan yang memberikan sesuatu yang boleh memburukan keadaan. Baiklah, ana akan menghuraikan satu persatu(^^)

KESAKITAN,PENGORBANAN DAN LAIN-LAIN keadaan yang ana berikan di atas juga adalah sebahagian daripada kebahagiaan. Bl disebut tentang pengorbanan, banyak yang kita boleh kaitkan, pengorbanan masa, pengorbanan wang, pengorbanan nyawa dan sebagainya.Apabila kita berkorban untuk sesuatu perkara ATAS DASAR PERKARA KEBAIKAN YE BUKAN KEBURUKAN, kita sebenarnya telah melakukan salah satu yang dituntut oleh syariat ISLAM. Lihatlah banyak contoh2 yang telah kita dengar, mereka yang berkorban di jalan ALLAH, maka ALLAH akan sediakan syurga bg mereka. Seorang ibu berkorban atas dasar kasih sayang yang tidak terhingga kepada anak2. Seorang yang mencintai AGAMA akan sentiasa bersedia untuk berkorban dan BERJIHAD di atas paksi KEBENARAN dalam menegakkan agama ISLAM. Lihat sahaja para sahabat dan orang2 ISLAM dahulu, mereka lebih suka memilih jala hidup yang seakan2 kepayahan, namun hakikatnya mereka merasakan kebahagiaan yang tidak terhingga dalam jiwa mereka. KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH MENGETAHUI BAHAWA HATI2 MEREKA BERSATU BERHIMPUN DALAM NAUNGAN CINTA ALLAH, BERTEMU DALAM KETAATAN,BERSATU DALAM PERJUANGAN,MENEGAKKAN SYARIAT DALAM KEHIDUPAN. KUATKAN IKATANNYA, KEKALKANLAH CITANYA, TUNJUKI LA JALAN2NYA, TERANGILAH DENGAN CAHAYAMU YANG TIADA PERNAH PADAM, YA RABBI BIMBINGLAH KAMI. RAPATKAN DADA KAMI DENGA KURNIAAN IMAN DAN INDAHNYA TAWAKAL PADAMU,HIDUPKAN DENGAN MA'RIFATMU, MATIKAN DALAM SYAHID DI JALANMU, ENGKAULAH PEMBIMBING DAN PEMBELA...(DOA RABITHAH)...



KESAKITAN, pada mulanya ana juga menyangka tiada kebahagiaan dalam kesakitan penyakit yang kita sering alami dalam kehidupan. Namun,pernahkah kita terlintas itu juga sebagian daripada kasih sayang ALLAH kepada kita.Ana berkata demikian kerana baru2 ini ana menghantar seorang peserta kem ke hospital kerana dia mengalami sesak nafas yang sangat2 menakutkan ana. Pada masa itu ana lihat akan dirinya yang agak kritikal dan ana sangat2 bergantung kepada ALLAH agar menyelamatkan dirinya. Terlintas di fikiran ana, berharga sungguh nikmat dapat bernafas yang ALLAH kurniakan kepada kita. Namun akhirnya peserta tersebut dalam keadaan baik dan selamat. Ana berpesan kepada dia, Allah menurunkan penyakit itu kepada kita agar KITA SEBAGAI HAMBA SELALU INGAT AKAN ALLAH SWT. BUKANKAH ITU SUATU HADIAH PERINGATAN ALLAH KEPADA KITA YANG SELALU MEMILIKI SIFAT LUPA??Jika ALLAH tidak menurunkan sesuatu penyakit kepada kita, kemungkinan besar kita akan MENJADI HAMBA YANG INGKAR DAN ZALIM KEPADA DIRI KITA SENDIRI. Lihat sahaja kepada kisah seorang Nabi yang ditimpakan oleh ALLAH dengan penyakit yang amat teruk, sehinggakan orang di sekelilingnya membenci dan meninggalkannya. Namun imannya tidak pernah kurang, malah semakin bertambah kepada ALLAH SWT. Bukankah itu nikmat kebahagiaan yang sebenar??




Justeru ana beranggapan setiap daripada kesakitan dan kepayahan itu sebenarnya terselit sebuah kebahagiaan yang jarang2 kita nampak. ALLAH tidak akan memberi sesuatu itu tanpa sia2. Segalanya mempunyai hikmah, cm tertakluk kepada diri kita untuk menentukannya. Fikir2kanlah dan selamat beramal(^^)

|
This entry was posted on 5:47 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

On April 1, 2022 at 9:26 PM , Unknown said...

Casinos in Malta - Filmfile Europe
Find the best communitykhabar Casinos in Malta herzamanindir.com/ including bonuses, games, games and the history of games. We 토토 사이트 cover 토토사이트 all the main kadangpintar reasons to visit Casinos in

 
Related Posts with Thumbnails