Luahan hati seorang hamba..
6:40 PM | Author: ARUL FIKRI

             Terkadang aku masih memikirkan di mana tahap aku sebenarnya, adakah sentiasa diperbaharui atau masih di takuk lama walaupun diri ini merasakan sudah ada pembaharuan. Aku ingin benar untuk menjadi seoang mukmin sejati, dengkinya pada amalan-amalan orang Islam yang terdahulu. Sering aku memikirkan mengapa mereka boleh menjadi insan yang sangat luar biasa, sehinggakan dijadikan contoh oleh bangsa-bangsa lain sezaman dengan mereka.
              Pernah aku membaca tentang bagaimana kekuatan itu diperolehi. Benar apabila diri seorang hamba mendekatkan kepada empunya, ALLAH SWT kekuatan yang tidak di sangka akan terbit dalam diri. Pepatah Melayu ada mengatakan, “Jika kamu takut kepada sesuatu, maka larilah dati mendekatinya”. Jika kita takut kepada haiwan buas dan penjahat, maka kita akan lari daripadanya. Tetapi sebaliknya dengan ALLAH SWT, jika kita takut kepadaNYA, maka kita perlu mendekatkan diri kepadaNYA. Itulah bezanya ALLAH yang agung dengan penciptaanNYA. Sayang dan Rahmat ALLAH tidak terbatas pada kita semua. Allah SWT begitu menyayangi kita, walaupun kita sering melupakannya. Allah SWT sentiasa memanggil kita agar mendekatkan diri kepadaNYA, jg Rasulullah SAW yang begitu risau akan umatnya. Pernahkan perkara ini menjadi ketetapan dalam hati kita??? Tepuk dada tanya iman di dalam hati.
              Esok merupakan perubahan tahun baru dalam calendar Masehi, juga bertambahnya angka umur kita untuk hidup di muka bumi. Sebenarnya apa yang kita cari dalam kehidupan ini dan sebanyak mana usaha yang telah lakukan untuk menggapai impian tersebut?? Pernah saya bertanyakan kepada sahabat, apa yang mereka hendak dalam hidup ini. Kebanyakan jawapan yang diperolehi hanya bersifat `penyokong’, bukan impian yang sebenar. Dan ada juga yang kurang berpuas hati setelah berusaha sekian lama. Ada juga yang telah berputus asa dengan rahmat Allah lalu melakukan apa perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Firman ALLAH SWT :

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan ALLAH." Ingatlah, sesungguhnya pertolongan ALLAH itu amat dekat." (Surah al-Baqorah : 214)

             Besar maknanya ayat ini. Sama-sama kita renung untuk muhasabah diri ini…. Kadang kala kita tak dapat apa yang kita suka. Justeru, kita mesti suka apa yang kita telah dapat. Ini berbalik kepada konsep kesyukuran kepada ALLAH SWT…
|
This entry was posted on 6:40 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails