Perjalanan Cuti Semesterku
10:04 AM | Author: ARUL FIKRI
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua teman-teman. Bersyukur kerana kita masih lagi dibenarkan berada di atas muka bumi yang semakin kepada penghujung nyawanya, begitu juga kita sabagai insan di muka bumi ALLAH ini. Alhamdulillah, saya ingin berkongsi dengan teman-teman tentang aktiviti yang telah saya lalui baru-baru ini. Memang indah dan sukar untuk dilupakan, syukran kepadaMu Ya Rabb.

AHAD,22 NOV 2009
Bermula dengan minggu pertama cuti sem, ana berpeluang mengikuti program WEHDAH 09, konvensyen untuk semua pendakwah-pendakwah kampus di seluruh IPT di Malaysia.

Banyak perkara yang dipelajari dan ramai juga kenalan-kenalan baru yang sama fikrahnya dengan ana. Ini juga pengalaman pertama ana untuk pergi ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Begitu indah berada di dalam majlis ilmu dan pelbagai gaya dan cara olahan yang menarik telah di sampaikan oleh ahli panel jemputan.

Konvensyen ini bertujuan untuk mencari kaedah atau uslub dakwah yang terbaik di samping memberi pengisian yang mantap kepada para daei. Program ini berlangsung selama 4 hari dan harap2 program ini akan berterusan.

JUMAAT ,11 DISEMBER 2009
Seterusnya, ana mengendalikan satu aktiviti kemasyarakatan yang ana fikir kita sebagai insan yang berhatikan mulia perlu mengambil perhatian kepada insan-insan yang kurang bernasib baik.

Ana bersama beberapa orang teman berpeluang untuk berkongsi kisah suka dan duka serta berkenalan dengan adik-adik yang majoritinya adalah anak-anak yatim. Mula-mula ana begitu risau, maklumlah dari segi emosinalnya, adik-adik ini mungkin berasa kekok denga kami. Namun sangkaan ana meleset sama sekali. Adik-adik ini dapat menerima kehadiran kami ibarat kami sudah lama berkenalan dan ini begitu membahagiakan ana.

Pelbagai aktiviti telah dapat dijalankan dengan baik. Antaranya ICE BREAKING, LDK-LDK BARU, RIADAH, CERAMAH MOTIVASI, SHARING MOMENT DAN JUGA SESI MUHASABAH. Ana masih lagi membayangkan tentang aktivit riadah pada pagi Ahad, seorang adik ini cedera di pipi kanannya yang menyebabkan darah mengalir tak henti-henti. Ana begitu risau dan masih rasa bersalah. Ana meminta ampun dari semua pihak yang terlibat dan ana menghargai semua pengorbanan yang diberikan oleh teman-teman, pihak pengurusan Permata Camar dan insan-insan yan g menjayakan program kami ini. Kami selasai pada waktu selepas Zohor pada hari Ahad dan ana perlu bersiap sedia untuk aktiviti yang bakal dilalui pada hari esok, Isnin, 14 DISEMBER 09.

ISNIN,14 DISEMBER 2009
Ana dari rumah datang ke UMP pada waktu pagi selepas bersalam dengan ibu bapak ana. Kemudian ana bertolak dari UMP pada pukul 8.30 pagi.

Suasana agak tenang. Kami tiba di UTM pada waktu tengah hari. Perbincangan berlangsung dengan pihak UTM hingga ke petang. Pada malamnya kami tidur di Hotel Good Hope. Ana se’roomate’ dengan suffi, memang hotel tu pada pendapat kami penuh dengan hope..Apapun kami tetap bersyukur. Pada kesokan harinya barulah kami ke Singapura.

Pengalaman pertama kali melepasi kastam serta melihat Singapura dengan sendiri memang mengujakan ana. Rakyat Singapura memang berdisiplin, cantik. Cuma kekadang rakyatnya kebanyakannya terlalu ghairah mengejar dunia. Di Singapura, kami melawat NTU dan NSU.

Pengalaman pertama ke 'over sea' adalah sesuatu yang dapat membuka mata ana. Ana mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menjayakannya dan yang sponsor kepada kami. Apapun makan minum kami semua ditanggung, Alhamdulillah.

JUMAAT,18 DIS 2009 (1 MUHARAM 1431)
Kursus Kepimpinan PERKIM, begitulah nama kursus yang diberi.

Ana bukannya ahli PERKIM yang berdaftar, kami cuma datang sebagai pelengkap kem tersebut. Di sini ana belajar tentang satu lagi kaedah dakwah yang ana kira penting bagi kita, faham apa itu PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Makan minum memang mencukupi, kekadang berlebihan. Dalam kem ni pun ana masih jadi ketua kumpulan 2, kumpulan yang berwarna warni ahlinya.

Ana dapat pelbagai perkongsian, dan paling xlarat skali kebanyakan masa kem ni kami asyik didendangkan dengan cerita2 sejarah Malaysia. Memang penting, namun kekadang ana naik pening juga,ha3. Kem ini juga ala-ala BTN (walaupun ana xpenah pergi BTN). Semoga sahabat-sahabiah group 2 terutama dan teman2 yang lain mendapat manfaat sebaik mungkin. Ana paling tak larat sewaktu jalan malam, ada ke patut letak ana kat separa hutan separa paya, habis nyamuk dan semut gigit ana. Sabar je la masa tu..Pagi tu, tak payah cerita la tentang mengantuknya, memang tak tahan mata ni…Ana memang tak larat sangat, maklum la jadi Batman pada paginya..

Apapun ana tetap menimati salah satu rahmat Allah ini sebagai Tarbiyah kepada ana.Inilah penutup kem bagi ana untuk sesi tahun 2009..



Masa-masa yang lainnya ana luangkan bersama keluarga ana. Apapun cuti kali ini memang bermakna bagi ana. Bagi yang dapat berkongsi dengan ana, ana ucapkan syukran dan andai ada salah silap ana minta maaf ye.ISLAM AGAMAKU, MALAYSIA NEGARAKU, I LOVE U!!
|
This entry was posted on 10:04 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails