roh perjuangan
7:09 PM | Author: ARUL FIKRI

Bila berkisar tentang roh,maka kita kan dikaitkan dengan asal usul kita, di mana alam yang pertama yang kita tempuhi iaitu alam roh. Di alam roh, semua manusia yang ketika itu wujud dalam bentuk roh yang dikenali sebagai rohul tamayyiz, berjanji dengan Allah SWT bahawa Allah SWT adalah Tuhan manakala mereka adalah hamba (alas tu birabbikum qalu bala shahidna). Ikrar manusia di alam roh ini melahirkan paling kurang tiga implikasi penting kepada kehidupan manusia di dunia.

Pertama, manusia dikurniakan status sebagai hamba Allah SWT. Kedua, melalui pengurniaan status itu, manusia dikurniakan garis panduan, atau pelan induk, atau blue-print kehidupan di dunia. Dan ketiga, manusia dimaklumkan bahawa alam roh, alam dunia dan alam akhirat sebenarnya merupakan alam-alam yang berkesinambungan dan tidak terpisah antara satu sama lain. Alam roh merupakan alam perjanjian, alam dunia merupakan alam pembuktian dan alam akhirat merupakan alam pembalasan.

Setelah kita dilahirkan ke muka dunia,maka bermulalah era pembuktian janji-janji yang pernah dilafazkan di hadapan ALLAH SWT. Maka dari kita kecil sehingga kita kembali ke rahmatullah, segala amalan dan usaha telah kita kerjakan dengan menggunakan apa yang ALLAH berikan kepada kita. Cumanya,terdapat dua perkara yang telah kita kerjakan di atas muka bumi, iaitu perkara kebaikan dan perkara keburukan. Berkisar dengan roh perjuangan, juga dibahagikan dengan perkara-perkara tersebut.

Sejarah telah mencatatkan bahawasanya terdapat dua golongan manusia yang akan saling mempertahankan hak-hak mereka. Golongan-golongan tersebut adalah golongan yang maaruf dan golongan yang mungkar. Mereka ini aka saling memperjuangkan prinsip masing-masing dan adakalanya sehingga pertumpahan darah akan berlaku. Namun, kita semua mengetahui bahawa Allah SWT sentiasa berada di pihak yang benar,dan kebenaran itu akan terselah pada episod akhir perjuangan dalam hidup ini. Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa membawa kebenaran kerana sesungguhnya usaha mereka itu tidak sia-sia,malah ALLAH sangat menyayangi orang-orang yang berpesan-pesan ke arah kebenaran.

Bila bercakap tentang perjuangan,maka istilah yang selalu sinonim dengannya adalah JIHAD. JIhad diertikan melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh dan menuntut sebuah pengorbanan yang adakalanya kita tidak bersedia untuk itu.Namun di situlah ujian ALLAH yang sebenarnya untuk mengetahui adakah benar hambanya itu ikhlas dalam perjuangan ini. Sirah sahabat banyak menceritakan tentang ketegasan mereka dalam perjuangan ISLAM. Ada yang sedang berada di dapur, ada yang sedang minum dan segalanya,namun apabila mendapat seruan dari ALLAH,maka mereka meninggalkan segala-galanya demi pembuktian cinta kepada ALLAH.

Justeru,sebagai seorang yang mengimpikan rahmat ALLAH SWT, seharusnya kita menanamkan roh perjuangan ini dan menjaganya dengan baik. Jika jasad kita sakit,maka kita boleh lihat simptom-simptomya. Namun jika roh sakit, mana mungkin kita dapat menyedarinya dengan cepat...
|
This entry was posted on 7:09 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails