Pada suatu hari Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat...
" Siapakah di antara kamu yang menghidupkan malamnya? "Salman al-Farisi menjawab, " Saya, ya Rasulullah. "
Rasulullah bertanya lagi,
" Siapa yang berpuasa penuh pada setiap bulan ? "
Salman al-Farisi menjawab,
" Saya ya, Rasulullah. "
Rasulullah kemudian bertanya,
" Siapa yang khatam al-Quran pada setiap hari ? "
Salman al-Farisi menjawab lagi,
" Saya, ya Rasulullah. "
Sahabat-sahabat yang lain berasa hairan akan jawapan Salman al-Farisi. Mereka berkata bahawa mereka tidak pernah nampak Salman al-Farisi membuat semua itu. Rasulullah s.a.w kemudiannya menyuruh Salman al-Farisi memberi penjelasan akan jawapannya itu. Salman al-Farisi menjawab,
" Aku pernah mendengar kekasihku, Rasulullah s.a.w. bersabda, sesiapa yang tidur dalam keadaan berwudhu', seolah-olah dia telah ihya' (menghidupkan) malamnya. Baginda juga pernah bersabda setiap amal kebajikan akan dibalas dengan 10 kebaikan. Aku puasa 3 hari pada setiap bulan sama dengan aku berpuasa 30 hari (sebulan). "
Rasulullah s.a.w mengiakan kata-kata Salman al-Farisi.
" Aku juga pernah mendengar Baginda bersabda sesiapa yang membaca "Qulhuwallahu Ahad" (surah al-Ikhlas) seolah-olah dia membaca 1/3 al-Quran. Aku membacanya 3 kali setiap hari. Ini seolah-olah aku telah khatamkan al-Quran. "
0 comments: