JALAN KEMAHUAN, JALAN PERUBAHAN
7:45 AM | Author: ARUL FIKRI

Kemahuan adalah sesuatu yang sangat abstrak untuk dihuraikan. Namun dengan kemahuan, kita akan mampu melihat hasil yang terbit daripadanya. Sesungguhnya jika kita ada kemahuan, maka kita akan mengadakan usaha dan jalan untuk menggapai impian tersebut akan lahir. Ini dinamakan jalan perubahan. Perubahan dari segi apa, itu tertakluk kepada individu masing-masing. Ada mereka yang suka meletakkan impian setinggi langit, dan mereka meletakkan usaha setinggi itu juga. Ada mereka yang meletakkan impian sama seperti tadi, namun usaha hanya di takat tanah yang rata. Maka apa yang dapat kita simpulkan, meletakkan impian setinggi mana pun tidak salah, namun biarlah seiring dengan usaha. Ini dinamakan TAWAZZUN yang bermaksud keseimbangan.

Sebagai serang mahasiswa, kita perlu jelas tentang matlamat dan juga kuasa yang ada pada kita sebenarnya. Kajian menunjukkan manusia hanya menggunakan 10% sahaja kekuatan (HUMAN POWER) yang ada dalam diri masing. Ini adalah suatu kerugian yang amat besar kerana kita kehilangan keupayaan sehingga 90%. Berbalik kepada konteks seorang mahasiswa, semangat muda kita akan mula memuncak pada tahap ini. Pada masa inilah kita mampu meneroka banyak perkara yang sebelum dan selepas ini kita sendiri tidak akan mampu melakukannya. Kita sedar tentang peredaran masa kehidupan kita pada masa akan datang, kita bakal menempuh dengan suasana yang memang mencabar dan keperitan, namun pada maa yang sama juga tenaga yang ada pada kita makin kurang (umur makin meningkat, urat saraf mula makin mengecut, penglihatan makin pudar, tekanan darah makin tinggi). Justeru kita kenabersedia di masa keemasan muda ini untuk kita menyiapkan diri kita dengan bekalan yang sewajarnya. Letaklah impian yang besar, kerana dalam Islam itu sendiri menggalakkan umatnya bercita-cita tinggi.Seperti dalam peristiwa PERANG KHANDAK, semasa sahabat-sahabat ingin memecahkan batu besar, terdapat 2 percikan api yang terbit. Namun ada pandangan Rasulullah SAW, Banginda mengatakan bahawasanya pada suatu hari nanti ISLAM akan dapat menakluk KOTA CONSTANTINOPLE.Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh? Itulah janji ALLAH pada mereka yang berjuang di jalan kebenaran.




Pernah dengar cerita THE BABY ELEPHANT???Sejak kecil anak gajah ini diikatdenga rantai besi yang kuat, lalu anak gajah ini sentiasa berusaha untuk melepaskan diri. Setelah meningkat remaja, anak gajah ini terus berusaha namun masih lagi gagal. Akhirnya anak gajah ini berputus asa dan tidak mahu berusaha lagi, sedangkan pada masa ia sudah dewasa, rantai yang mengikat kakinya adalah rantai yang amat mudah untuk dipecahkan. Pengajaran yang dapat diambil ialah, apabila kita dalam keadaan BERUSAHA, kita tidak boleh sertakan sekali dengan sikap BERPUTUS ASA. Kedua-dua ini bertentangan antar satu sama lain. Kita belum kalah kalu kita jatuh atau gagal dalam sesuatu perkara, namun kita kalah apabila kita gagal atau jatuh dan dak mahu bangun semula. Renungkanlah.....

|
This entry was posted on 7:45 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails