Lamanya ana tak tulis blog ni. Apa ye nak tulis kali ni??hmm....Mungkin ana nak ceritakan sedikit tentang sahabat sahabiah ana. Sebelum tu elok kalu ana cerita sedikit tentang hidup ana masa lampau.Ana sebenarnya 'ditakdirkan' hidup tanpa kawan semasa ana kecil. Mana tak nya, aktiviti ana di rumah sama atau mungkin lebih dari kehidupan asrama. Mungkin ini Tarbiyyah dari ibu bapak agar ana tahu apa itu tanggungjawab. Jadual ana seharian, pagi pergi sekolah, tengah hari pergi kelas mengaji, petang kena teman & bawa adik ana bermain, malam belajar dalam bilik sampai pukul 10, tengah malam,hmm...tido la kan(",).
Kehidupan ini terus mengelilingi umur ana sehingga ke Form 3(umur 15 tahun). Selepas itu corak kehidupan ana berubah. Ana masih ingat lagi pada permulaannya ana di asrama, ana anggap semua kawan-kawan macam ALIENS. Mana tak nya, selama ni asyik duduk dengan family,HA sekarang family dah jauh. Ana mula-mula memang payah bergaul, kekadang cakap lepas je. Ana memang tahu ramai yang tak puas hati masa tu, tapi ana tak kisah. Pernah juga ana bergaduh dengan roomate sendiri disebabkan perkara kecil. Dalam hadis ada menerangkan :
لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلاَثِ لَياَلٍ) رواه البخاري )
“Tidaklah halal bagi seorang Muslim untuk meninggalkan saudaranya lebih dari tiga malam.” (HR Bukhari)
Tapi apa boleh buat, ana cuma tahu ana dapat apa yang ana punya. Tapi Rahmat & Hidayah Allah SWT terbit dalam diri ana. Presiden Asrama, Luqman Hakim(Abg Man) namanya, datang dalam hidup ana. Dia sering ingatkan ana, tegur cara ana bergaul, ajar ana tentang agama,doa-doa dan sebagainya. Kekadang sampai ana rasa ana dah jadi adik kandung dia. Memang ana tak dapat lupakan dia, asbab permulaan ana meng'EVOLUSI'kan diri ini. Senior-senior yang nakal yang sebelum ini sering mengancam hidup junior akhirnya 'melepaskan' ana dari sasaran dia. Mungkin disebabkan ciri-ciri yang ada pada Abg Man ni menyebabkan mereka 'segan' nak ragging ana. Tapi apa yang penting ana mula faham apa itu makna HUBUNGAN DENGAN MANUSIA. Jika sebelum ini ana sering menyakitkan hati orang lain, kini ana menjadi teman yang mereka boleh percayai. Ana juga dapat merasakan kasih sayang dari seorang sahabat, sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...
Habis SPM, ana seterusnya melanjutkan ke bidang Diploma. Kini nilai perhubungan sesama manusia itu makin meningkat ke satu anak tangga lain. Ana mula diperkenalkan dengan perkataan UKHUWWAH. Apa benda tu??Kawan ana sering bergurau, Ukhuwwah tu macam Kuah, kuah kari ke, kacang dal..Usiknya pada ana. Tapi ana rase bukan tentang makanan, ana usaha cari apa itu ukhuwwah dan apa yang ada di dalamnya. Agak lama ana mencari, akhirnya ana dapat jumpa juga akhirnya. Ukhuwwah adalah hubungan yang erat antara satu sama lain, bukan setakat berhubung sahaja. Ana masih ingat lagi proses untuk mendapatkan nilai sebuah ukhuwwah itu, bukan mudah. Pelbagai latihan dan dokongan dari sahabat sentiasa hidup bersama ana. Indahnya ketika itu....Tetapi apabila ana mencari lagi apa yang terdapat dalam Ukhuwwah itu sendiri, ana terjumpa sesuatu yang lebih bernilai dari ukuwwah itu sendiri. Ianya dipanggil UKHUWWAH ISLAMIYYAH!
Hubungan ukhuwwah ini bukan setakat mengambil berat, namun lebih itu sehinggakan nyawa seseorang itu menjadi taruhan untuk menyelamatkan orang lain. Inilah nilai ukhuwwah yang dianjurkan oleh Islam, atas satu AQIDAH yang sama. Kita pernah mendengar kisah sahabat di zaman dahulu, walaupun sangat dahaga air kerana kehilangan darah akibat berperang jihad di jalan Allah SWT, namun apabila mendengar sahabatnya meminta air, dia dengan segera mendahulukan sahabatnya dan akhirnya mati syahid. Bagaimana pula denga kita sahabat-sahabiah sekalian???Tepuk dada tanyalah iman ana & antum semua. Berbalik pada kisah ana, ana mula menikmati sebuah Ukhuwwah Islamiyyah itu. Ana masih ingat masa ana demam, ramai sahabat hadir jenguk ana, ada yang tolong lapkan kepala ana, tolong belikan ubat sehinggakan ana menitis air mata kesyukuran...Semoga ALLAH SWT membalas kebaikan sahabat-sahabat sekalian dengan ganjaran yang lebih baik.
Kini, ana masih lagi berada di dalam suasana itu, walaupun ahli keluarganya bukan insan yang sama seperti dahulu. AH,apa bezanya, ALLAH SWT tidak pernah membezakan dengan rupa paras. Hanya Iman & Taqwa menjadi ukuran. Dalam keluarga baru ini juga ana belajar banyak perkara dan ana bersyukur kerana ana mendapat kemanisan itu bersama sahabat-sahabiah semua. Susah senang kita hadapi bersama, dengan pengharapan penuh kepada ALLAH SWT agar terus membantu & menunjukkan jalan kebaikan kepada kita semua. Jika ada silap dan kealpaan ana kepada semua sahabat, ana memohon ampun dan maaf. Mungkin kekurangan ana dari segi itu..Antum semua adalah terbaik bagi ana. Kepada antum semua, FIKRI SAYANGKAN KAMU SEMUA WAHAI SAHABATKU!!
Rasulullah bersabda : “Sekuat-kuatnya ikatan iman adalah persaudaraan kerana Allah, cinta kerana Allah dan benci kerana Allah” (HR. Thabrani & Ibnu Abbas).
Sedikit luahan hati kecil ana yang dhaif ini..
Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.
0 comments: