TAKDIR : PENENTUAN DARI ALLAH SWT
10:04 AM | Author: ARUL FIKRI

Dalam kehidupan hidup manusia di atas dunia ini, pelbagai fenomena dan variasi corak kejadian berlaku. Adakalanya kita dihidangkan dengan dengan kegembiraan yang bahagia, kegembiraan yang menandakan kesyukuran , juga kegembiraan yang dizahirkan dengan air mata. Namun setiap apa yang dijadikan ALLAH SWT ada pasangannya maka pasangan bagi kegembiraan adalah kesedihan. Kesedihan ini juga dapat ditayangkan dalam pelbagai keadaan, contohnya kesedihan disebabkan kehilangan, kesedihan kerana kesakitan dan juga kesedihan disebabkan penyesalan.
Namun jika difikirkan kembali kenapa keadaan ini dijadikan oleh ALLAH SWT, maka diri ini akan tunduk kepada ketetapan takdir yang ditentukanNYA. Manusia boleh merancang dan mengatur sehebat-hebatnya, namun akhirnya akan TUNDUK kepada keputusan yang diarahkan oleh ALLAH SWT. Ayat yang selalu kita dengar, "KITA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG, NAMUN PERANCANGAN ALLAH LEBIH TEPAT". Jadi ana terfikir, jika kita tahu ada yang lebih hebat merancang, malah kuasa mandatori dalam menetapkan sesuatu itu ada padaNYA, kenapa kita masih tidak mahu mendekatkan dan bergantung kepadanya??
Apa yang terjadi dalam masyarakat sekarang, pergantungan kepada ALLAH SWT makin lemah.Jika perkara ini berterusan berlaku, maka bagaimana kita ingin mencapai apa yang kita rancang itu menjadi sebuah kejayaan, bukan hanya setakat kenyataan. Kita seringkali bangga dengan apa yang dirancang dapat dijalankan, namun kita sering abaikan makna sebuah kejayaan dalam sesuatu perancangan. Kejayaan yang ana maksudkan adalah KEBERKATAN DAN KEREDHAAN ALLAH SWT. Ini adalah matlamat kita hidup di atas dunia. Kita berpeluang masuk ke dalam JANNAH bkn kerana amalan kita sebenarnya, tetapi adalah keredhaan ALLAH SWT. Justeru, marilah kita bersama-sama merebut keredhaan ALLAH kerana di situ terdapat pintu kejayaan yang sebenar.
Dan ingatlah, ALLAH SWT tidak pernah sesekali mensia-siakan permintaan hambanya, seperti yang telah dijanjikanNYA "BERDOALAH KEPADAKU, NESCAYA AKAN AKU MAKBULKAN PERMINTAAN HAMBAKU". Itu adalah janji Tuhan yang MAHA KUASA. Namun kita juga perlu menilai kembali syarat-syarat untuk sesuatu permintaan ini mendapat tempat di sisi ALLAH SWT. Muhasabahlah selalu wahai diri-diri yang mahukan kejayaan di dunia dan di akhirat...

|
This entry was posted on 10:04 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails